Header Ads

ads header

Flash News

Masjid jadi kelab malam


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang diduduki menjadi sebuah kelab malam.

Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Difahamkan, Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke-13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar.

Ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.

Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

"Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.

"Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi)," kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.

Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.

Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.

Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid aAl-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam. - Agensi


MR :  Di Malaysia, kalau dibiarkan PH pun akan buat macam juga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan