Header Ads

ads header

Flash News

Kelantan membuka hatinya kepada Islam


KOTA BHARU 17 April - Kedatangannya ke negeri ini telah memberi lembaran baharu buat seorang pemuda kelahiran Miri, Sarawak apabila beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

SHAMSUL RAHMAN

Shamsul Rahman Hii Abdullah atau nama asalnya Steven Hii, 41, berada di Kelantan sejak dua minggu lalu sebagai pengarah program Koperasi Barisan Usahawan Berhad (Kopbaris) sempena Expo Karnival Bio Kelantan.

Katanya, dia tidak menyangka hatinya terdetik untuk memeluk agama Islam di negeri ini yang terkenal dengan gelaran negeri Serambi Mekah selepas sekian lama menyimpan hasrat itu.

“Keputusan untuk memeluk Islam ini dibuat Isnin lalu selepas majikan saya (Pengerusi Kopbaris), Sufian Ghani, menyatakan cadangan agar mengucap dua kalimah syahadah di depan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Waktu itu, saya terus bersetuju memandangkan saya sudah lama menyimpan hasrat ini. Tambahan pula, Menteri Besar adalah seorang yang sangat saya kagumi terutama dalam ilmu agamanya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Shamsul Rahman berkata, dia amat bersyukur kerana akhirnya hidayah itu sampai kepadanya setelah sekian lama berhasrat untuk memeluk agam Islam.

“Ketika proses mengucap dua kalimah syahadah itu, saya berasa sebak dan terharu selain dapat merasakan ketenangan jiwa.

“Alhamdulillah, saya menjadi seorang muslim melalui seorang pemimpin dan tokoh agama yang menjadi idola saya sejak sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, Hii berkata, sebelum ini dia sudah belajar sedikit sebanyak mengenai Islam termasuk berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan solat

“Saya pernah berpuasa Ramadan selama tiga tahun berturut-turut dan pernah ikut kawan Muslim mendengar khutbah Jumaat.

“Alhamdulillah, urusan saya untuk memeluk Islam dipermudahkan. Ayah saya sudah lama meninggal dunia namun ibu yang berketurunan Iban, tidak menghalang pilihan saya,” katanya.

Tambah beliau, dia tertarik dengan Islam disebabkan pengisian agama ini yang sangat indah dan tidak pernah berubah.

“Ada yang menganggap saya memeluk Islam kerana ingin berkahwin. Itu tidak benar.

“Saya akan terus belajar mendalami ilmu Islam dan membuktikan tentang indahnya agama ini kepada segelintir golongan yang berprasangka negatif,” katanya. -UTUSAN ONLINE


MR :  Bila Allah buka hati dan redha... suatu yang tak boleh nak dibandingkan itu nikmat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Alhamdullilah moga negeri Kelantan jadi role model . Sayangnya dikalangan muslim terutama yang dikatakan cendiakawan maseh burok sangka hanya kerana tidak sapendapat .Bilalah agak nya umat islam dbumi bertuah ini hendak bersatu .

    BalasPadam