Header Ads

ads header

Flash News

Hukum puasa 
selepas Nisfu Syaaban


“Aku nak puasa sunatlah Isnin ni. Ini kan bulan Syaaban, bulan kita digalakkan berpuasa sebagai persiapan menghadapi Ramadan tidak lama lagi,” kata Ishak.

Namun, rakannya, Ali menegur: “Kalau tak silap aku, kita tak boleh puasa sunat selepas 15 Syaaban tapi entahlah, aku pun tak berapa pasti”.

Demikian antara dialog yang kerap kedengaran apabila kita sudah berada pada Nisfu Syaaban (15 Syaaban). Ternyata, masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban. Ada yang menyangka, logiknya makin hampir dengan Ramadan makin elok kita puasa untuk membiasakan dengan puasa fardu itu.

Memang ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang membenarkan puasa selepas 15 Syaaban dan ada juga yang melarangnya. Menurut qaul yang muktamad dalam Mazhab Syafie hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban adalah haram dan tidak sah. (Namun, ada beberapa pengecualian yang akan dijelaskan di bawah)

Dalil-dalil yang melarang puasa selepas 15 Syaaban antaranya:

* Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah SAW ber­sabda yang bermaksud: “Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa.” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud).

* Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika telah separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadan”. (Riwayat Ibnu Majah)

Sungguhpun dihukumkan haram, pengharaman berpuasa pada nisfu kedua Syaaban ini tidaklah mutlak. Ia bukan seperti pengharaman berpuasa pada lima hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa iaitu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijah (hari raya puasa dan haji) dan juga tiga hari tasyrik.

Sebaliknya, peng­haraman berpuasa selepas Nisfu Syaaban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum haram dan tidak sah puasa selepas nisfu kedua Syaaban mempunyai pengecualian seperti berikut:-

1. Puasa sunat itu disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada dalam nisfu pertama (separuh pertama) Syaaban walaupun dengan hanya satu hari (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Syaaban) dengan syarat ia berterusan sehingga Ramadan.

Jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari berikutnya. Tetapi jika setelah berpuasa pada 15, 16, 17 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 18 Syaaban, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 19 Syaaban dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah masuk Ramadan.

2. Puasa sunat yang dilakukan menjadi amalan biasa seseorang (orang yang ahli puasa). Contohnya, seseorang yang mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis, maka tidaklah jadi halangan untuknya meneruskan puasanya itu.

3. Puasa qada sama ada qada puasa fardu atau qada puasa sunat yang berwaktu.

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ia tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua Syaaban.

Contohnya, seseorang bernazar mahu berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis itu sudah masuk dalam separuh kedua Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut. Namun, jika dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua Syaaban, tidaklah boleh dia berpuasa dan tidak sah nazarnya itu.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan