Header Ads

ads header

Flash News

Terdesak, Mahathir guna Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk kempen politik


SEREMBAN 12 Mac - Umat Islam digesa menghayati ajaran kitab suci al-Quran yang melarang mereka mencetuskan huru-hara hingga menyebabkan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam perlu sedar bahawa keganasan yang dilakukan terhadap orang lain hanya akan mendorong tindak balas daripada pihak tersebut.

Katanya, huru-hara akan berlaku kerana kedua-dua pihak saling membalas dendam dan terdapat kemungkinan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.

“Hari ini kita lihat di mana-mana sahaja berlaku tindakan keganasan dan membunuh mereka yang tidak berdosa sama ada dalam kalangan orang Islam atau bukan Islam.

“Ini adalah dilarang oleh agama Islam kerana dalam al-Quran, Allah SWT melarang kita daripada membunuh,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Dengan mengaitkan insiden keganasan di Christchurch, New Zealand, kelmarin, Dr. Mahathir berkata, tindakan kejam itu tidak boleh dibalas dendam dengan pembunuhan sekiranya umat Islam memahami isi kandungan al-Quran.

“Tetapi malangnya, hari ini, kita dapat lihat ramai orang Islam yang berbunuhan sesama sendiri di merata tempat termasuk di tempat mereka berhijrah.

“Akibatnya, akan berlaku tindakan balas seperti di Christchurch kerana mereka balas dendam dengan membunuh dan yang menjadi mangsa ialah insan yang tidak bersalah,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru umat Islam supaya membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya supaya dapat hidup dengan lebih sempurna dan aman.

“Al-Quran memberi panduan kepada umat Islam perkara yang dilarang atau diwajibkan, perkara yang semuanya membentuk peribadi mulai jika kita ikut,” katanya.

Seramai 28 peserta yang terdiri daripada 14 qari dan 14 qariah yang mewakili negeri masing-masing akan menyertai acara tilawah berkenaan.

Bagi menghafaz al-Quran, seramai 84 peserta berusia tujuh hingga 25 tahun akan bersaing dalam tiga kategori yang dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE



MR :  makin hari makin rakyat benci kepada PH, dahlah sombong tak boleh ditegur


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. maaf lah,maybe saya tak pandai tafsir ayat tersirat,tapi pada pembacaan saya dlm artikel ni tak nampak pun kempen politik?adakah tajuk entry ni sbg "clickbait"?saya bukan penyokong PH atau simpatisan PH,tp kena pegang etika & kejujuran jugak dlm melapor berita atau menulis artikel.jgn nanti musuh pandang rendah pd kita.

    BalasPadam
  2. Tiada pun mana mana dalil dalam Al Quraan dan Al Hadith yang menyebut Islam mengajar keganasan. Keganasan yang terjadi bukanlah kerana Islam tetapi kerana sudah menjadi sunnah manusia yang berbunuhan dan menumpah darah. Penganas atau keganasan berlaku kerana samaada sesorang itu gila,emosi,dendam,kena cuci otak,terpaksa,mempertahankan diri,kepentingan politik,parti dsb dan tiada satupun kerana ajaran Islam. Islam sendiri bermaksud damai,selamat atau tunduk patuh kepada Allah serta Rasulullah. Untuk kenali Islam kena tahu isi Al Quraan, Hadith dan berkunjung ke masjid kerana seserang akan memperolehi maklumat yang tidak benar bila Islam dilihat melalui kacamata politik,mazhab atau akhlak penganutnya

    BalasPadam