Header Ads

ads header

Flash News

PH Menang Melayu Kalah - Melayu Hilang Kuasa Politik


Kemenangan PH pada PRU14 sungguh mengejutkan dan tidak disangka-sangka bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Ramai orang yang terkesima dan teruja dengan kemenangan PH tetapi ramai juga rakyat Malaysia yang takut dan berjaga-jaga kepada sebarang kemungkinan negatif, maklumlah BN kalah selepas 61 tahun berkuasa. Alhamdulillah peralehan kuasa telah berlaku dengan aman dan lancar tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. BN, Umno dan Najib Razak akhirnya terpaksa akur dan menerima kekalahan tersebut atas kehendak rakyat Malaysia. Bermulalah era kerajaan Pakatan Harapan membentuk Malaysia Baharu dengan perlantikan YAB Tun Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia ke7. Secara berperingkat menteri-menteri kabinat dilantik mengikut alokasi keempat-empat parti komponen di dalam PH.

Rakyat bersabar dan menunggu dengan penuh debaran akan tindakan kepada Najib, Rosmah dan semua menteri-menteri yang terlibat sama dalam mencuri wang negarà semasa regim kleptokrasi. Banyak tangkapan yang melibat wang tunai berjuta-juta dan barang kemas yang berbilion ringgit tetapi sehingga 9 bulan kemenangan PH tidak ada seorangpun menteri-menteri Umno yang dibicarakan apatah lagi yang disumbatkan ke dalam penjara.

Rakyat mula tertanya-tertanya dan tertunggu kenapa susah sangat dan kenapa lama sangat untuk diambil tindakan kepada semua pengkhianat negara ini? Malah kesemua mereka ini maseh bebas dan mampu pula mengeluarkan pelbagai kenyataan yang memburuk-burukkan kerajaan PH dan seolah-olah mereka tidak bersalah dan hanya difitnah. Kerajaan Malaysia baharu tetap berdiam diri dan sekali sekali mengeluarkan kenyataan untuk membiarkan 'rules of law' berjalan secara bebas bertindak kepada merèka semua.

Kemenangan PH langsung tidak menampakkan kemenangan bagi orang-orang Melayu malah apa yang terserlah terang adalah DAP yang nampak berkuasa penuh bergaya dengan 45 kerusi Parlimen. Yang kedua tampak dominan dalam segala hal dan urusan adalah parti PKR. Parti Melayu yang ada dalam PH cumalah Bersatu yang nampak lemah dengan jumlah 13 kerusi Parlimen sahaja. Kekalahan BN dan PAS memberikan kemenangan kepada PH, tetapi yang menyedihkan parti Melayu Bersatu tidak berkuasa atau tidak menjadi parti teras di dalam PH ini menampakkan kemenangan PH adalah kekalahan teruk kepada bangsa Melayu iaitu hakikatnya sekarang MELAYU TELAH HILANG KUASA POLITIK.



Melayu Umno, Melayu PAS dan Melayu Bersatu adalah semuanya kalah, kesimpulan yang boleh diambil adalah bangsa Melayu telah kalah diPRU14 di Malaysia. Komponen PH daripada DAP dan PKR sengaja tidak mahu mengerti atau memahami bahawa mereka harus memberi laluan dan bersetuju untuk parti Bersatu diperkasakan sebagaimana UMNO di dalam BN dahulu. Perkara ini telah dibincangkan dan sehingga bergaduh-gaduh semasa pengagihan kerusi sebelum pilihanraya dahulu, DAP dan PKR berkeras mahu membolot kebanyakan kerusi DUN dan juga kerusi Parlimen serta sering memperkecil-kecilkan parti Bersatu sebagai parti kecil, parti baru dan cukup untuk bertanding satu dua kerusi sahaja. Akhirnya Bersatu mendapat jumlah kerusi yang kurang dan kebanyakannya adalah kerusi-kerusi yang sukar dimenangi. Tidak menghairankan cuma 13 kerusi sahaja yang mampu diperolehi oleh Bersatu dan pihak DAP dan PKR mendabik dada yang mereka lebih hebat.

Mereka tidak sedar kehebatan mereka ini boleh menyebabkan BANGSA MELAYU MARAH, TIDAK BERPUAS HATI dan sekarang ini rakyat sendiri telah mencetuskan satu keadaan yang Melayu harus bangkit dan bersatu di bawah bangsa Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Perkara ini telah terbukti semasa PRK Cameron Highland dan Semenyih yang pengundi-pengundi melayu bersatu padu tanpa mengira isu-isu yang ada dengan mengundi BN. Bangsa Melayu yang mengundi BN ini bukan bermakna mereka sudah sayang kepada Najib Razak ataupun sudah memaafkan kecurian wang negara berbilion ringgit oleh Najib, Rosmah dan kroni-kroninya tetapi adalah sebagai isyarat jelas yang bangsa Melayu dan Islam boleh bersatu membena kekuatan demi untuk mengekalkan kuasa politik ditangan orang Melayu. Bangsa Melayu tidak boleh menerima DAP atau PKR yang memerintah Malaysia.



Penyatuan undi Melayu di Cameron Highland dan di Semenyih telah menyedarkan Melayu bahawa bangsa Melayu boleh kembali menguasai kuasa politik Malaysia. Selama 61 tahun kita terikut-ikut dan terpengaruh dengan Politik British bahawa Melayu harus berkongsi kuasa dengan China dan India untuk memerintah Malaysia dengan aman, malah syarat untuk kemerdekaan dari British dahulu adalah kejayaan perkongsian kuasa di dalam PARTI PERIKATAN dan Penerimaan Perlembagaan Persekutuan oleh semua kaum. Untuk mengekalkan perkongsian kuasa di dalam BN maka bangsa melayu dipecah-belahkan antara UMNO dan PAS. Pergaduhan, permusuhan dan pertentangan yang mengunakan isu-isu bangsa dan Islam sentiasa subur diantara Umno dan PAS sejak 61 tahun dahulu sehinggakan mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang.

Kita semua maklum kuasa ekonomi Malaysia berada di tangan kaum China dan satu-satu nya kuasa yang maseh ada ditangan Melayu sebelum ini adalah kuasa politik, tetapi sekarang ini dengan kemenangan PH secara tak langsung orang Melayu telah kehilangan kuasa Politik tersebut walaupun Tun Mahathir maseh lagi perdana Menteri Malaysia.

Rahmat dari kekalahan BN ini adalah timbulnya semangat penyatuan Melayu untuk mengekalkan kuasa politik melayu. Untuk mengekalkan kuasa Politik Melayu semua melayu UMNO, PAS dan Bersatu harus membentuk satu kerjasama politik bagi mendapat 2/3 kerusi Parlimen dan mentadbir Malaysia Baharu.

Hakikatnya bangsa Melayu dengan 70% majoriti mampu berkuasa penuh dan tanpa berkongsi kuasa dengan bangsa-bangsa lain bagi memerintah negara Malaysia ini. Selama 61 tahun kita terlupa tentang kekuatan Melayu dan sanggup berkongsi kuasa dibawah BN demi kemakmuran Malaysia seperti yang dituntut oleh British dahulu.

Dengan kuasa politik yang ada ditangan Melayu maka bangsa Melayu tidak perlu lagi mengemis untuk memperkasakan agenda-agenda Melayu bagi memastikan orang-orang melayu terbela dari segi ekonomi, pelajaran dan kesejahteraan hidup. Melayu juga tidak perlu segan-silu kepada kaum China dan India untuk memperkasakan ketuanan Melayu kerana sebenarnya kitalah tuan tanah di bumi Malaysia ini. Tidak timbul isu rasis untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan jelas tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Demi keamanan dan kesejahteraan Malaysia kuasa politik Melayu mesti segera dikembalikan dengan memperkasakan parti Bersatu, kerjasama dan sokongan penuh adalah diharapkan dalam usaha Tun Mahathir menambah bilangan Ahli Parlimen Bersatu dan jadikan Bersatu sebagai parti teras yang menguasai di dalam PH itu sendiri. Ini sahajalah pilihan terbaik untuk PH terus kekal berkuasa dengan parti Bersatu dilihat kuasa politik Melayu yang mendominasi PH. Pilihan kedua yang ada kepada bangsa Melayu adalah dengan mengujudkan kerjasama diantara kesemua parti-parti politik Melayu iaitu Umno, PAS dan Bersatu bagi membentuk satu gabungan yang kuat untuk mengambil aleh pemerintahan negara daripada PH.

#MelayuBaru
#KuasaPolitikMelayuSumber LINK




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Politik Melayu hanyalah perebutan kuasa di kalangan pemimpin Melayu sahaja. Untuk berkuasa, pemimpin Melayu tersebut mesti menakut-nakutkan bangsanya sendiri. Ini tektik sejak merdeka lagi. Aduh hai bangsa ku hanya ditipu oleh pemimpin Melayu tak kira mereka dari parti apa.

    BalasPadam