Header Ads

ads header

Flash News

New Zealand Berkabung: Filem pendek ini meruntun jiwa ...


NYATA warga dunia amat terkesan dengan tragedi solat Jumaat di Christchurch, New Zealand, yang lebih meratapi tragedi ini ialah warga tempatan yang hidup dalam keadaan harmoni sebelum ini.

Dalam memperingati mereka yang terkorban ekoran tembakan rambang seorang pengganas di Masjid Al-Noor, Dean's Ave dan Masjid Linwood di Christchurch, terbit sebuah filem ringkas berjudul, "Faces of the Flowers" -- hasil terbitan Frank Film.

Filem pendek itu memperlihatkan wajah-wajah rakyat NZ yang sedih serta berduka dengan insiden berdarah berkenaan.
Filem tersebut memperlihatkan ekspresi wajah mereka yang hadir di tempat kejadian untuk memberikan penghormatan kepada mangsa nahas.

Lautan jambangan bunga dan kata-kata semangat diletakkan di kawasan masjid, hasil sumbangan masyarakat setempat merupakan lambang solidariti, penghormatan serta sokongan buat mangsa serangan serta ahli keluarga mereka.

Seluruh dunia turut bersedih atas tindakan ekstremisme yang menimpa warga Islam yang ketika itu sedang bersiap-sedia untuk tunduk bertafakur kepada Penciptanya ketika tragedi berdarah itu berlaku.



Sumber YouTube (Frank Film)

Kejadian ini telah melakar sejarah hitam buat New Zealand dan Jacinda Arden menyatakan Jumaat menjadi hari apabila New Zealand bertafakur (moment of silence) selama dua minit pada 1.32 petang (waktu New Zealand) sebelum solat Jumaat bermula.



Gerard Smyth merupakan pemilik Frank Film yang bertempat di Christchurch telah memenangi beberapa anugerah pengarah terbaik di New Zealand Television Awards menerusi dokumentari When A City Falls pada tahun 2012.

Dalam serangan itu, 50 orang terkorban, salah seorang merupakan warga Malaysia berusia 17 tahun, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi. Ayah Muhammad Haziq turut mengalami kecederaan akibat terkena peluru dan terpaksa menjalani dua pembedahan ketika menerima rawatan di Hospital Christchurch.


MR :  Itu kebesaran Allah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan