Header Ads

ads header

Flash News

Kecewa PH, Nurul Izzah umum penggal akhir wakil rakyat


KUALA LUMPUR, 22 Mac — Nurul Izzah Anwar mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ahli parlimen Permatang Pauh berkata keputusan itu dibuat selepas kecewa dengan “langkah perlahan” pentadbiran Pakatan Harapan (PH), lapor Straits Times Singapura.

“Saya sudah katakan ini penggal terakhir saya. Itu rancangan saya sekarang,” katanya.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH juga terlalu taksub dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kurang memberi tumpuan kepada rakyat.

“1MDB akan sampai ke peringkatnya. Selepas itu rakyat mahukan keselesaan dan peningkatan dalam hidup,” katanya.

Nurul Izzah hari ini dilaporkan turut meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Keputusan itu dibuat ekoran pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee dikekalkan walau sudah beralih menyokong kerajaan.


MR :  Ahli dan penyokong PH bila lagi nak keluar?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Keluar pon bagus dudok dalam kerajaan pon tak boleh apa ? Kahwin beranak jaga family lagi baik .

    BalasPadam
  2. Kalau ikut perangai bapanya, cakap je kut tapi buatnya tidak. Dulu bapanya pernah cakap kalau PR kalah PRU13 dia akan bersara dari politik. Cakap lain bikin lain, bukan saja tak bersara dari politik tapi dia buat pula langkah kajang sehingga terkuburnya PR.

    BalasPadam