Header Ads

ads header

Flash News

8 syarat kerjasama awal PAS-Perikatan


RANTAU PANJANG: Kerjasama awal Umno dan PAS pada 1973 dengan mengambil kira lapan syarat yang dipersetujui bersama.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, lapan syarat termasuk PAS tidak terikat dengan disiplin Perikatan.

Selain itu, kata beliau kebebasan PAS untuk berdakwah termasuk di pejabat-pejabat kerajaan dan universiti.

Tamabhanya, kerjasama juga untuk membolehkan syiar Islam disebar secara berperingkat-peringkat termasuk dalam radio dan televisyen sehingga azan disiar melalui media terbabit.

"Kerjasama juga untuk membolehkan aktiviti yang didapati bercanggah dengan Islam termasuk tari menari dan minuman arak dihentikan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Rantau Panjang, hari ini.

Mesyuarat agung tersebut diadakan di Markas PAS Rantau Panjang. Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Fatah Harun dan timbalannya, Dato’ Muhamad Awang.

Turut hadir Adun Apam Putra, Abdul Rasul Muhamad dan Adun Chetok, Zuraidin Muhamad.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, selepas PAS disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional suasana politik negara lebih teruk berlaku.

Katanya, ketika itu kefahaman agama dan politik masih lagi kurang difahami masyarakat.

"Masih ramai yang menganggap politik dan agama suku-suku. Orang ramai belum berani untuk untuk keluar daripada fahaman tersebut," katanya.

Sempena mesyuarat tersebut juga Presiden PAS merasmikan pasar pagi Sabtu di markas tersebut. Ia diadakan bermula hari ini. – HARAKAHDAILY 23/3/2019


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan