Header Ads

ads header

Flash News

Senator Orang Asli: Buat apa bayar gaji tok batin tak sokong PH


CAMERON HIGHLANDS, 11 Jan — Gaji ketua kampung orang Asli atau tok batin di sini tidak akan dibayar jika mereka tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Senator PKR berdarah orang Asli dan mewakili komuniti berkenaan di Dewan Negara berkata demikian di Pos Betau, Jelai pagi ini, lapor Malaysiakini.

“Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia. Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia.

“Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat, maka itu Batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong kita buang,” kata Bob Manolan Mohamad.

Sebelum ini, ketua-ketua kampung orang Asli dibayar antara RM800 dan RM1,200 berdasarkan jumlah penduduk dan keluasan sesebuah kampung.

Menafikan laporan portal itu, Bob berkata kenyataannya merujuk kepada tok batin yang “pada masa yang sama mengambil jawatan” dalam Umno.

Menyifatkannya konflik kepentingan, beliau berkata tok batin tidak wajar menjalankan aktiviti politik bersama Umno tetapi menerima elaun kerajaan PH.

“Tidak pernah saya menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, ataupun ‘no vote, no pay’, kata beliau di Facebook petang ini.



MR :  Perangai pimpinan PH lebih teruk daripada BN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: