Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda UMNO Sabah desak Zahid letak jawatan presiden


Pemuda UMNO Sabah mendesak presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi segera meletak jawatan kerana didakwa hilang penguasaan terhadap parti dan tidak lagi dihormati oleh pemimpin dan ahli.

Naib ketuanya, Ghazalie Ansing berkata, sekiranya enggan meletak jawatan secara sukarela, Pemuda UMNO Sabah akan memohon kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya mendesak Ahmad Zahid berbuat demikian.

“Selain itu, saya juga melihat presiden cuba membuat parti ini sebagai perisai untuk menyelamatkan diri daripada kes yang dihadapi beliau di mahkamah, “katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketidaktentuan presiden dalam mengemudi hala tuju UMNO telah mengakibatkan ramai pemimpin dan ahli keluar keluar meninggalkan parti itu.

Semalam, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima Ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan UMNO tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

“Kita mahu UMNO dipimpin oleh orang yang selayaknya memimpin parti keramat ini. Presiden sedar akan permasalahan ini dan permasalahan yang dia sendiri bawa,” katanya.

Ghazalie, yang juga Ketua Pemuda UMNO Tawau berkata, walaupun 21 ketua Bahagian UMNO Sabah sudah keluar parti, namun sayap Pemuda UMNO Sabah akan terus berjuang mempertahankan kelangsungan parti itu di Sabah.

Katanya, UMNO adalah parti perjuangan dan telah berjaya membangunkan Sabah sejak dua dekad lalu.

Justeru, beliau menyifatkan kepimpinan yang telah meninggalkan parti itu sebagai pemimpin yang kurang daya tahan sehingga mengalah kepada pelbagai tekanan kerajaan memerintah. – Bernama


MR :  Politik UMNO makin hari makin celaru, kebangkitan Melayu Islam mesti diterajui oleh PAS


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Sudah lah Zahid dengarlah orang bawahan kamu dah ramai suara . Jangan ego sangat. Mengalah tak berti kalah. Mana tahu UMNO kembali kuat .

    BalasPadam
  2. Tertanya-tanya juga kalau Zahid berundur siapa calon gantinya?

    Kalau calon yg lebih buruk, makin parahlah UMNO.

    PAS kenalah sentiasa bersedia untuk tarbiyah ahli UMNO yg tidak ada Tok ketua. Tarbiyah untuk menerima ISLAM secara syumul.

    BalasPadam