Header Ads

ads header

Flash News

Najib persoal angka rasmi pelaburan asing bukan seperti diumum Guan Eng


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa angka rasmi pelaburan langsung asing (FDI) bukan seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Najib berkata laporan rasmi Bank Negara dan Jabatan Statistik Negara menunjukkan FDI mengalami “kejatuhan teruk” bagi 9 bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas, menurun 3 kali ganda dan bukannya naik 3 kali ganda.

“FDI untuk suku pertama yang tinggi pun sudah menjunam bagi suku ke-2 dan suku ke-3,” katanya di Facebook. “Adakah agensi-agensi rasmi kerajaan tersalah lapor?”

Terdahulu, Lim memberitahu pemberita bahawa jumlah pelaburan luar negeri ke Malaysia untuk 9 bulan pertama tahun ini hampir 4 kali ganda berbanding tahun lepas, atau RM49 bilion berbanding RM14 bilion.

Menteri berkata ia tanda keyakinan luar negeri kepada pentadbiran Tun Dr Mahathir biarpun kerajaan Pakatan Harapan baru memerintah selama 6 bulan.

“Tak ada angin, tak ada ribut, pagi ini Lim dengan tiba-tiba dan bangganya melaporkan FDI naik 350%,” kata Najib. “Lalu dia memuji kerajaan PH atas kejayaan untuk 5 bulan ini (Mei-September). Saya amat pelik sebenarnya.”

Najib memuatnaik gambar membandingkan FDI 2018 dengan 2017 bagi suku tahun pertama, suku ke-2 dan suku ke-3.

Ia menunjukkan FDI tahun ini menurun daripada RM12 bilion pada suku pertama kepada RM2.8 bilion pada suku ke-2, dan naik kepada RM3.9 bilion pada suku ke-3.

FDI pada suku pertama tahun lepas berada pada RM17.2 bilion, menurun kepada RM8.7 bilion pada suku ke-2, dan naik kepada RM11.7 bilion pada suku ke-3.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan