Header Ads

ads header

Flash News

Kos operasi penternakan ayam meningkat selepas PH memerintah kata persatuan


PETALING JAYA: Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) berkata, anggotanya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa.

“Jika ada pihak yang mahu menyiasat, silakan, kami kita menyembunyikan apa-apa,” kata presiden FLFAM, Datuk Jeffrey Ng.

Beliau berkata, penternak berhadapan cabaran kos operasi lebih tinggi dan juga kos pematuhan peraturan sekarang ini (Selepas PH ambil alih kerajaan).

Katanya, harga perlu “adil”, selain menambah bahawa murah dan mahal adalah istilah yang subjektif

“Jika pengguna tidak boleh menerima harga adil, industri tempatan akan kecundang dan itu akan memberi kesan ke atas keselamatan makanan kita. Akibatnya kita perlu bergantung pada import.

“Cuba bersikap adil, dan fahami kos yang terpaksa ditanggung serta cabaran dihadapi penternak.”

Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan, standard peraturan mengenai kesihatan dan alam sekitar yang perlu dipatuhi penternak adalah lebih tinggi.

Peraturan gaji minimum juga katanya, meningkatkan kos perniagaan.

Ng berkata, dalam tempoh 2 dekad, kenaikan harga telur adalah minimum, iaitu tidak sampai 50% berbanding barangan makanan lain.

“Bergantung kepada penawaran dan permintaan, harga kadang-kadang naik dan pada masa lain, turun.

“Apabila harga telur jatuh, penternak tidak pula bising,” kata Ng.

Harga telur dilaporkan meningkat lebih 10 sen sejak 2 bulan lepas.

Usahawan runcit terkenal, Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan pengharaman sementara eksport barangan perlu apabila bekalannya berkurangan.

Bagaimanapun seorang pakar ekonomi dari sebuah badan pemikir menolak cadangan itu.

Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi berkata, pasaran ayam-itik lebih tidak stabil berbanding komoditi lain, justeru faktor penawaran dan permintaannya akan mencapai keseimbangan baru dengan cepat.

Beliau berkata, keadaan ini berbeza berbanding sesetengah produk pertanian yang bekalan jangka panjangnya boleh dipengaruhi oleh faktor cuaca, misalnya.

Beliau juga berkata, kesan campur tangan kerajaan adalah perlahan kerana sifat turun-naik pasaran ayam-itik.

“Jika eksport telur dan ayam-itik dihentikan untuk sementara, maka langkah itu akan menyakitkan pengusaha tempatan semata-mata kerana anda mahu menurunkan sedikit harga untuk pengguna tempatan,” katanya.

“Lebih baik pasaran dibuka kepada pengeluar asing supaya pengeluar tempatan boleh menyesuaikan bekalan mereka bagi memenuhi permintaan, dan pada masa sama mewujudkan persaingan dengan pengeluar asing. Ini akhirnya akan menguntungkan pengguna”

MR :  Itu hebat PH, turun Najib harga murah..nak tergelak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Budaya jamuan makan malam, lelong potret, gadjet dan spenda yang menyaksikan golongan oportumis mengambil bahagian dalam bidaan, nampak macam tiada udang di sebalik batu namun dalam diam2 ubi tetap tersimpan isi keuntungan disasarkan dari 'pelaburan' yang dibuat pada malam tersebut. Itu adalah pemikiran yang lojik. Yang lok-lak ialah apa yang terjadi kepada cadangan kawalan pembiayaan politi bagi semua parti2 tupperware. Syak bahawa peti ais adalah pengakhiran bagi cadangan yang hangat2 tahi ayam.

    BalasPadam