Header Ads

ads header

Flash News

Khadam DAP dah bersuara dalam Konvensyen mereka


Seorang perwakilan hari ini mencadangkan agar diwujudkan had terhadap hak keistimewaan Melayu agar kaum lain dapat turut sama bersaing secara baik.

Wakil Amanah Setiawangsa Asma Alif berkata had itu boleh ditetapkan dari segi kuota atau masa.

"Dalam hak asasi manusia di peringkat antarabangsa sekalipun ada disebutkan diskriminasi positif, iaitu keutamaan diberikan kepada suatu kaum (yang ketinggalan) untuk naik.

"Dengan kerajaan baru sekarang, saya ingin lontarkan idea bahawa hak keistimewaan Melayu perlu ada had - sama ada dari segi kuota atau masa.

"(Ini) untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat kita di kalangan kaum Cina dan India, untuk naik bersaing bersama-sama," katanya di Konvensyen Amanah 2018 di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap untuk menyokong usul menjadikan konsep rahmatan lil alamin sebagai agenda utama negara.

Cadangan itu sejajar dengan peruntukan dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) berkenaan diskriminasi positif.

Perkara 1(4) Icerd menyatakan "pendekatan istimewa untuk kemajuan memadai kumpulan kaum atau etnik tertentu...tidak boleh dilihat sebagai diskriminasi kaum, jika...ia tidak boleh diteruskan selepas objektif itu telah tercapai."

Bulan lalu, kerajaan membatalkan hasrat untuk meratifikasi konvensyen itu selepas bantahan banyak pihak.

Usul dibentangkan wakil Amanah Pulai, Abdul Aziz Muhammad yang mencadangkan konsep bermaksud 'Islam sebagai rahmat seluruh alam' itu diterapkan dalam semua bidang. sama seperti Islam hadhari yang diperkenalkan bekas perdana menteri Abdullah Badawi.

Menyokong usul itu, perwakilan Sabah Remi Ismail berkata konsep itu sudah lama diamalkan penduduk negeri itu.



Beliau berkata di sana isu berkenaan kaum dan agama jarang timbul walaupun penduduknya lebih rencam dari segi kaum berbanding Semenanjung.

"Malah ini dapat dibuktikan dengan penyertaan anggota baru Amanah di Sabah, seperti di Kota Marudu, 40 anggota baru beragama Kristian," katanya lagi.

Usul tersebut dibahaskan oleh 12 perwakilan, dan akhirnya diluluskan selepas lapan menyokongnya.

Salah seorang perwakilan Zainal Husin yang membantah usul itu berpendapat tidak perlu ada label 'rahmatan lil alamin', tetapi menekankan penerapan oleh anggota melalui cara sendiri.

"Ia bukan perkara yang boleh dilabelkan terhadap semua perkara. Untuk portfolio agama biarlah, tetapi kementerian lain haru menerjemahkannya dengan cara masing-masing," katanya lagi.

Seorang lagi perwakilan yang membantah, Hasni Hasan menyindir sikap sesetengah perwakilan yang didakwa hadir ke konvensyen semata-mata untuk menghentam pemimpin, dan menurutnya ia bertentangan dengan konsep itu.

"Tiba musim konvensyen, ada ahli dari kampung tulis karangan panjang untuk hentam pimpinan. Adakah itu rahmatan lil alamin?

"Kita ada mesyuarat, boleh tulis surat, tetapi tetap mahu aibkan pemimpin (di konvensyen)," katanya lagi.


MR :  Dalam keadaan Melayu ada keistimewaan pun Melayu tersempit.. ni nak had pula


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Ini konvensyen orang gila ke? Dah tak ada isu ke yg nak dibincangkan? Mengampu je kerjanya.

    BalasPadam
  2. Pandap sudah gila sebab pandap mahu hak keistimewaan Melayu dihadkan ( atau dihapuskan jika ICERD dilaksanakan) dan pandap juga mahu orang-orang Cina dan orang-orang India yang sudah kaya bersaing dengan kaum Melayu yang serba kekurangan dalam bidang ekonomi, politik dll !!!! Ini bukan persaingan yang adil kerana kita tahu kaum Melayu yang serba kekurangan dalam bidang ekonomi dll pasti akan kalah!!!

    Cadangan gila pandap ini bolehlah diibaratkan seperti pandap mahu dua gergasi Cina dan India bergusti dengan seorang Melayu yang kerdil dan tangannya diikat. Maka kita boleh meramalkan keputusan pertandingan sebelum pertandingan bermula.

    Diskriminasi positif kononnya menjamin hak kaum bumiputera termasuk kaum Melayu sehingga kemajuan kaum Melayu tercapai maka tindakan menghadkan hak keistimewaan Melayu udan memaksa kaum Melayu yang serba kekurangan bersaing dengan kaum yang kaya raya adalah bertentangan dengan diskriminasi positif kerana kaum Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, politik dll !

    Perlaksanaan ICERD yang disokong oleh pandap dan biaDAP dan parti liberal mata satu akan menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu sendiri yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Ini jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin pandap, biaDAP dan parti liberal mata satu cuba membodohkan kaum Melayu dengan menghadkan hak keistimewaan kaum Melayu supaya kaum Melayu terus ditindas oleh kaum-kaum lain.

    Bukankah ini membuktikan pakatan munafik liberal-kafir harbi ini sedang mengkhianati kaum Melayu?

    BalasPadam
  3. Bodoh PAN ni tak ada kerja lain selain mengampu Parti soaialis kapiaq DAP. Ini lah bahana jika dana duit haram datang dari DAP yg membantu mewujudkan Amanah.
    Boleh dikatakan PAN ni parti pengkhianat melayu dan Islam.
    icerd ialah ideologi alien dari barat yg mengetengahkan idea sempit keadilan kaum. Sebagai orang islam, kita tidak perli icerd dan ia perlu dibakulsampahkan. Ia isu yg membuang masa umat.
    Hanya Pemimpin PAN dan PKR yg bodoh sahaja yg mahu membincangkan icerd, mereka terpaksa menerima icerd kerana Dana parti mereka adalah dari sumber yang meragukan yg dipercayai dari barat.

    BalasPadam