Header Ads

ads header

Flash News

Hutang RM1 trilion, pimpinan Amanah sendiri pun tak percaya


IPOH: Seorang perwakilan Amanah Perak hari ini mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng tentang kedudukan hutang negara, bertanyakan mengapa hutang RM1 trilion tidak dinyatakan dalam Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11.

Wakil Amanah Pasir Salak, Muhaimin Sulam menyorot perhatian Konvensyen Nasional Amanah hari ini kepada jumlah hutang yang disebutkan dalam laporan rasmi kerajaan itu, iaitu RM686 bilion.

“Kita pun tak tahu mana satu,” katanya ketika membentangkan usul ekonomi. “Ada penambahan yang menyatakan RM199 bilion jaminan kerajaan dimasukkan, dan ditambah dengan dengan RM244 bilion pajakan kerajaan, jadi hutang keseluruhan RM1 trilion.”

Muhaimin mengingatkan perwakilan tentang “silap mata” ahli politik yang “boleh mencipta angka” sehingga rakyat terpengaruh.

“Saya percaya angka sebenar adalah pada orang yang memegang kebenaran bahawa ekonomi yang hari ini kita hadapi adalah ekonomi yang sangat meyakinkan,” katanya.

Beberapa hari selepas terbentuknya kerajaan baharu pada Mei, Putrajaya mengumumkan nilai hutang negara sudah mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian yang menyeluruh.

Berlatarkan kedudukan hutang itu, Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada November memperuntukkan RM314.5 bilion dengan RM259.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Peruntukan tersebut tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.

Menyentuh soal Belanjawan 2019, Muhaimin berkata “inisiatif ekonomi rakyat” itu gagal merangsang keyakinan pelabur, dan memgberi kesan negatif kepada rakyat.

“Saham bursa selepas belanjawan dibentangkan juga tidak menampakkan keyakinan pelabur kepada polisi pendekatan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.



MR :  Bangkai tutup macam mana pun akhir diketahui juga, apatah lagi bangkai gajah.. PH nak tutup dengan apa?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Pakatan Hancing mcm tu la.. Keja dia menghancingkan rakyat yang suka kena kencing.. "Pemimpin kencing berdiri, macai kencing berlari.. "

    BalasPadam