Header Ads

ads header

Flash News

Perlembagaan Negara Telah Dicabuli, Kata Rais Yatim


KUALA LUMPUR – Keputusan ‘nolle prosequi’ terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon tanpa melibatkan Peguam Negara, Tommy Thomas merupakan pencabulan ke atas Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Menteri Undang-Undang, Tan Sri Rais Yatim berkata, mengikut Perkara 145 hanya Peguam Negara yang berkuasa menarik balik sesuatu kes jenayah.

Sehubungan dengan itu, katanya, jika benar kenyataan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Dato’ Mohamad Hanafiah Zakaria semalam bahawa keputusan menghentikan pendakwaan ke atas Guan Eng dan Li Koon maka ia jelas menunjukkan Perlembagaan Persekutuan telah dicabul.

“Jika betul seperti kata Ketua Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara bahawa En Tommy Thomas selaku Peguam Negara tak terlibat dalam peberhentian kes rasuah Lim Guan Eng dan rakannya maka Per 145 Perlembagaan Persekutuan telah dicabul sebab hanya Peguam Negara yang berkuasa menarik balik sesuatu kes jenayah,” kata Rais di laman Twitter hari ini.

Semalam Mohamad Hanafiah dalam kenyataannya menjelaskan bahawa keputusan tidak meneruskan pendakwaan terhadap Guan Eng dan Li Koon telah dibuat tanpa sebarang penglibatan oleh Peguam Negara.

Beliau yang juga Timbalan Pendakwa Raya merujuk kepada kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 2 Ogos 2018 oleh PeguamCara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dan PeguamCara Negara II, Datin Paduka Zauyah Be Loth Khas.

Kenyataan bersama itu memaklumkan bahawa Peguam Negara telah menarik diri daripada semua perbincangan berkaitan dengan kes tersebut dan tidak akan terlibat dalam membuat sebarang keputusan oleh Jabatan Peguam Negara.

Kuasa utama yang diberikan kepada Peguam Negara oleh Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 145 adalah kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam iaitu hak yang diwarisi melalui undang-undang common.

Perkara 145(3) membawa kepada suatu pemahaman bahawa Perlembagaan telah menyerahkan ke dalam tangan Peguam Negara kuasa budibicara yang mutlak untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan prosiding kesalahan jenayah.

Bagi memberikan kesan terhadap perjalanan kuasa itu, di bawah Perkara 145 (3A), Peguam Negara juga dibenarkan untuk menentukan mana-mana mahkamah bagi sesuatu prosiding jenayah dimulakan dan dipindahkan.

Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah. – MalaysiaGazette



MR :  Ini hanmgat untuk ragam aje
 


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Kamu Tan Sri Rais Yatim adalah salah satu penyebabnya.

    BalasPadam
  2. .
    Ayam Penang terlepas, tangan PH bau tahi.

    BalasPadam
  3. Apa lagi SPRM tunggu? appeal la blik..

    BalasPadam
  4. Mengapa pemimpin UMNO didakwa tetapi sifu banglo terlajak diskaun pula dibebaskan dari perbicaraan rasuah sejak Mr Tomato jadi boss?

    Ini tidak adil.

    BalasPadam
  5. Ini tidak adil.SPRM bila nak bertindak agressively ke atas kes Lim guan eng seperti yg mereka lakukan ke atas najib.

    BalasPadam