Header Ads

ads header

Flash News

Malaysiakini tukar tajuk berita Bernama untuk burukkan PAS dan Mohd Amar



Malaysiakini portal anti-Islam memang akan cuba membuat persepsi buruk terutama kepada PAS dan juga pimpinan PAS dengan memutar belit fakta. Jika tak boleh putra belit fakta mereka akan cuba untuk mengambar buruk. Itu sikap JAHAT yang ada pada mereka dan penulis serta wartawan mereka tak ada etika, apatah lagi nilai Islam.

Berita bernama yang bertajuk "PAS tak serang BN kerana BN bukan kerajaan lagi" telah ditukar seolah-olah PAS tak serang BN. Ini kerja celaka yang mampu di buat oleh mereka yang bangang dalam beretika dan nilai murni.

------

PAS tidak menyerang Barisan Nasional (BN) kerana mereka bukan lagi sebuah kerajaan, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata tiada guna menyerang pihak yang telah tumbang kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang kuasa.

"Buat apa kita menyerang yang sudah tiada. Semua orang akui BN memang banyak isu rasuah dan kita memang mengkritik (ketika BN masih berkuasa), jadi bila dah jatuh takkan kita nak serang lagi orang yang sudah jatuh.

"Daim (Zainuddin) sendiri dah sebut jangan bangkit kesalahan-kesalahan kerajaan yang lalu, fokus kepada kerja, dan kalau betul pimpinan-pimpinan lama ada isu rasuah, ambil tindakanlah kerana mereka (Pakatan Harapan) kini sudah berkuasa dan bawalah ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Singgahsana Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad yang ke-49 di Istana Balai Besar di Kota Bharu, hari ini.

Istiadat yang disempurnakan Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra itu turut dihadiri Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Isu LGBT perlu perhatian kerajaan


Sempena istiadat berkenaan, seramai 205 menerima Darjah Kebesaran termasuk lima dilantik sebagai Jaksa Pendamai manakala 397 penerima Bintang, Pingat dan Surat Kepujian akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri pada 4 Mac tahun depan.

Mohd Amar mengulas mengenai dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu semalam, yang mempersoal sikap segelintir ahli politik berstatus ‘lebai’ yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh melawan isu rasuah dan penyelewengan dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu dan hanya ghairah mahu membangkitkan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semata-mata.

Mohd Amar berkata tindakan wakil rakyat PAS membangkitkan isu LGBT memandangkan ia merupakan isu semasa yang sepatutnya diberi perhatian oleh kerajaan.

"Sekarang ini isunya berkaitan rakyat, berkaitan Islam, dan janji-janji yang tidak ditunaikan. Itu yang kita jadikan fokus dalam parlimen," katanya.

- Bernama
MR :  Mereka ni ada penulis dan wartawan Islam, tapi Islam mereka telah di'kasi'


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mesiakini adalah lidah Yahudi Zionis yang suka menghina Islam dan umat Islam.

    Hanya puak munafik dan kafir harbi menjadi penjilat musuh Islam.

    BalasPadam