Header Ads

ads header

Flash News

Majlis Peguam mahu kerajaan lulus ICERD


KUALA LUMPUR – Majlis Peguam yang mempertahankan ICERD mahu kerajaan meluluskan ratifikasi konvensyen berkenaan segera tanpa sebarang pengecualian.

Presidennya, George Varughese berkata, sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf kesamarataan dan kehormatan semua individu tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, politik atau pendapat lain, asal usul kebangsaan atau sosial, harta benda, kelahiran atau status lain.

Beliau berhujah, ratifikasi ICERD sama sekali tidak melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang ditegaskan di dalam Perkara 1(4) yang menurutnya, memperuntukkan bahawa langkah-langkah istimewa (termasuk tindakan afirmatif) adalah dibenarkan.

Katanya, perkara itu ditekankan sekali lagi menerusi Perkara (2), Negara-Negara Pihak hendaklah, apabila hal keadaan yang begitu menjamin, mengambil, dalam bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain, langkah-langkah khusus dan konkrit untuk memastikan pembangunan dan perlindungan yang mencukupi bagi kumpulan-kumpulan perkauman atau individu yang bersangkutan, untuk tujuan menjamin mereka keseronokan hak asasi manusia dan kebebasan asas sepenuhnya dan sama. Langkah-langkah ini tidak boleh melibatkan apa-apa akibat daripada penyelenggaraan hak-hak yang tidak sama atau berasingan bagi kumpulan kaum yang berlainan selepas tujuan yang mereka telah diambil telah dicapai.

Menurutnya, undang-undang memberi layanan saksama kepada semua, mungkin tidak mencukupi untuk menghapuskan diskriminasi.

Lantaran itu, katanya, ICERD bertujuan untuk membawa kesaksamaan yang berkesan atau substantif, termasuk melalui langkah khas sementara, jika diperlukan.

Prinsip-prinsip mengenainya dihuraikan dalam Cadangan Umum 32 yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Perkauman yang menjelaskan makna dan skop “langkah-langkah khusus”.

“Oleh yang demikian, tidak ada percanggahan antara ICERD dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini yang mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan baru Malaysia telah berjanji untuk mengesahkan semua instrumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan dengan perlindungan hak asasi manusia.

Salah satu daripada enam instrumen teras yang belum disetujui oleh Malaysia adalah Konvensyen Antarabangsa mengenai ICERD, yang telah diterima pakai dan dibuka untuk ditandatangani dan ratifikasi pada 21 Disember 1965, dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969.

Kenyataan dari Majlis Peguam Malaysia ini bertentangan dengan Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang mahu tindakan meratifikasi ICERD ini tidak akan dibuat secara terburu-buru.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kerajaan sepatutnya mengadakan satu proses konsultasi dengan semua pihak berkepentingan serta mendapatkan mandat rakyat terlebih dahulu.

Terdapat 179 negara yang merupakan Negara Pihak kepada ICERD, dan empat negara adalah penandatangan.

Manakala Malaysia berdiri daripada 14 negara yang belum bertindak ke atas ICERD termasuk Myanmar, Sudan Selatan, dan Korea.

ICERD mendapat bantahan kuat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak-hak istimewa Raja-raja Melayu, agama Islam dan kaum Bumiputera. – MalaysiaGazette



Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Aku rasa macam ringan je tangan aku nak libas parang kat kepala keling ni.

    BalasPadam
  2. Anjing-anjing kurap hitam ternakan penjajah British masih berkeliaran dalam negara kita dan mereka mengkhianati negara kita dengan menyokong barat dan memperjuangkan kepentingan barat untuk menindas bumiputera termasuk kaum Melayu di negara kita!!! Dan mereka akan menyalak gembira apabila mendapat tulang dari tuan British mereka.

    BalasPadam
  3. makin menjadi jadi kaum India ini lebeha dari kaum cina.Dia ingat bila cina berkuasa mutlak dia boleh dapat hak nya.Yanadeh bangsa melayu yang boleh bagi kamu muka.India mari India balik.

    BalasPadam