Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 168,000 tandatangan petisyen desak Waytha Moorthy letak jawatan

Sehingga jam 7.40 malam ini, seramai 168,521 orang menandatangani petisyen mendesak P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator Dewan Negara.

Petisyen itu dilancarkan sejak tiga hari lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org.

Petisyen tersebut yang dimulakan oleh Aiman Haziq menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorthy kerana memburukkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah mengenai pencabulan hak asasi terhadap kaum minoriti.

Waytha Moorthy mendakwa, rakyat Malaysia yang beragama Hindu kononnya telah didiskriminasi kerana perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam serta rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak berkuasa di Malaysia.

“Selain itu, Waytha Moorthy berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Bumiputera.

“Waytha Moorthy juga gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial,” kata petisyen itu.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip video kenyataan Waytha Moorthy yang memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara.

Video berdurasi 2 minit 39 saat itu menunjukkan Waytha Moorthy membuat kenyataan menerusi wawancara dengan media Belanda, tujuh tahun lalu.



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Orang saperti ini wajib buang negeri

    BalasPadam
  2. Sepatutnya kepala bapak rasis yang telah menghina dan menfitnah Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam sepatutnya dilucutkan kerakyatannya dan dihalau balik ke negara asal kepala bapak rasis tersebut supaya rakyat boleh hidup dengan aman di negara Islam ini.

    BalasPadam