Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan lantik peguam ternama UK cabar 1MDB bayar IPIC AS$5.87b


Kerajaan Malaysia telah melantik peguam kanan di United Kingdom, Peguam Diraja, Lord David Pannick bagi mengetuai pasukan guaman dalam tindakan undang-undang terhadap International Petroleum Investment Company (IPIC) di Mahkamah Tinggi.

Difahamkan Pannick berpengalaman luas dalam berbagai kes dan seringkali bertindak dalam pertikaian yang melibatkan kepentingan awam.

Menurut sumber kerajaan, peguam berpengaruh daripada firma guaman Blackstone Chambers itu mempunyai reputasi cemerlang dalam perundangan di UK.

"Beliau terpilih sebagai salah seorang peguam UK yang paling berpengaruh selama beberapa dekad. Selain itu, Lord Pannick juga antara sekumpulan kecil peguam yang dilantik sebagai peguam di House of Lords.

"Yang paling baru dalam rangkaian kes-kes terkenalnya ialah apabila beliau berjaya mencabar kesahihan tindakan kerajaan Theresa May menarik balik daripada Perkara 50 Perjanjian Kesatuan Eropah (EU) untuk meninggalkan EU tanpa suatu Akta Parlimen, dilaporkan secara meluas sebagai cabaran Brexit .

Syarahan Undang-undang Sultan Azlan Shah

"Kes ini dianggap sebagai kes perlembagaan Inggeris yang paling penting dalam beberapa dekad," tambah sumber itu.

Pannick juga mewakili Ratu Elizabeth dalam kes injunksi dan muncul dalam banyak kes di mahkamah Hong Kong, Brunei, Kepulauan Cayman, Trinidad dan Tobago, Gibraltar dan Kepulauan Virgin British.

Beliau juga menulis kolum setiap dua minggu mengenai undang-undang dalam harian British, The Times.

Pada tahun 2012, Pannick telah dijemput untuk menyampaikan Syarahan Undang-undang Sultan Azlan Shah bertajuk 'Menilai Kehakiman: Kritikan terhadap hakim dan undang-undang menghina mahkamah' (Scandalising the Judiciary: Criticism of Judges and the Law of Contempt) di Kuala Lumpur.

Beliau antara sekumpulan peguam elit yang diundang hadir.



Sumber itu berkata pelantikan Pannick menghantar isyarat kuat bukan sahaja kepada mahkamah di England tetapi juga kepada IPIC dan Aabar yang Malaysia serius dalam pertikaian ini.

"Tidak syak lagi, Malaysia akan mendapat manfaat daripada kemahiran advokasi dan kehadirannya di mahkamah," tambah sumber itu.

Bulan lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, kerajaan memfailkan perintah untuk mengetepikanpersetujuan yang direkodkan oleh tribunal timbangtara di London pada 9 Mei tahun lepas antara IPIC dan Aabar Investments PJS - sebagai penuntut - dan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan ( MOF Inc) - sebagai responden.

Dalam penyelesaian tersebut, Malaysia bersetuju membayar AS$ 5.78 bilion kepada IPIC dan pemegang amanah bon dalam tempoh lima tahun, sejumlah wang yang didakwa Thomas didapatkan melalui cara penipuan.

"Tindakan undang-undang Malaysia di Mahkamah Tinggi London adalah berasaskan anugerah itu diperolehi dengan cara menipu atau dengan cara yang bertentangan dengan dasar awam.

Permohonan di mahkamah itu berkaitan dengan pengetahuan IPIC dan Aabar mengenai tuduhan serius yang dibuat Jabatan Keadilan AS (DOJ) terhadap mantan perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak, yang menjadi penggerak dan pembuat keputusan muktamad dalam 1MDB.

Najib dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Irwan Serigar Abdullah sedang berhadapan dengan enam tuduhan jenayah pecah amanah yang melibatkan lebih daripada RM6.6 bilion, yang dikatakan berkaitan dengan IPIC.


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. masing-masing mencari peguam handalan terlupa pada Maha Berkuasa

    BalasPadam