Header Ads

ads header

Flash News

Kata permohonan ahli 1000 sehari, tapi AMANAH Terengganu sasar 100 aje sebulan?


KUALA TERENGGANU - Amanah setiap kawasan perlu menambah sekurang-kurangnya 100 ahli baharu setiap bulan bagi memastikan parti itu mencapai sasaran seramai 20,000 ahli pada 2019.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, sasaran itu menjadi indeks pencapaian utama (KPI) bagi kepimpinan di setiap kawasan.

"Seluruh ahli parti perlu menggerakkan kekuatan menambah ahli baharu bagi memastikan 1,047 kampung atau cawangan mesti ada sekurang-kurangnya 20 ahli yang aktif.

 "Ini bagi memastikan kita mencapai sasaran 20,000 ahli dalam tempoh setahun bagi 2019," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Amanah di Wisma Peladang di sini, hari ini.

Konvensyen yang bertemakan Memperkukuh Muafakat Mencipta Gelombang hari ini dihadiri kira-kira 300 ahli Amanah dari seluruh Terengganu (300 daripada 10,000 betul ke?).

Dalam perkembangan sama, Raja Bahrin berkata, mana-mana kawasan yang gagal mencapai minimum 100 ahli baharu sebulan akan diberi surat tunjuk sebab dan perlu menjawab dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) negeri.

"Jangan beri alasan, masa depan parti di tangan kita. Jika kita sambil lewa, Amanah akan ketinggalan," katanya.

Dalam pada itu, Raja Bahrin berkata, Amanah Terengganu diminta membuka ruang seluas-luasnya kepada bekas ahli Umno untuk menyertai parti itu sebagai langkah merekrut seramai mungkin ahli baharu.

"Saya sedih dengan sesetengah kawasan yang pertambahan ahli baharu begitu perlahan. Ada yang beri alasan tidak mahu sokong permohonan dalam kalangan bekas Umno.

"Saya pelik sebab sebahagian besar yang berhijrah dalam parti ini adalah bekas Umno. Jadi, jangan terlalu takut untuk terima ahli baru dari bekas Umno sebab apabila menjadi ahli parti mereka tertakluk dengan peraturan dan perlembagaan parti," katanya.


MR :  Mengikut data tepat ahli AMANAH Terengganu hanya 500 orang aje. 2 bulan lagi ahlinya capai 20,000. Parti Islam Liberal ni tahu ke bohong tu berdosa 


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan