Header Ads

ads header

Flash News

Guna sijil halal tamat tempoh


Ipoh: Sebuah premis memproses makanan ringan dan kacang putih di Buntong di sini, dikesan beroperasi dengan sijil halal tamat tempoh hampir dua tahun.

Perkara itu dikesan dalam pemeriksaan sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak serta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) jam 11 pagi, Khamis lalu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan membuat pembungkusan semula makanan ringan, namun siasatan mendapati tempoh pengesahan sijil halal syarikat itu tamat 31 Januari 2017.

“Premis berkenaan bagaimanapun masih mempamerkan logo halal pada papan tanda di hadapan dan dalam premis.

“Sehubungan itu, pihak KPDNHEP menyita papan tanda berlogo halal, satu logo halal dan dua dulang yang berlabel halal untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Menurutnya, KPDNHEP memandang serius peniaga yang menggunakan perakuan dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, peniaga perlu tahu kesalahan membabitkan makanan, barangan dan perkhidmatan serta penggunaan logo halal atau apa-apa representasi yang menunjukkan makanan atau barang yang boleh dimakan atau digunakan orang Islam.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 yang jika disabitkan kesalahan bagi pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM500,000, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta.

“Jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

MR :  makin hari makanan kita makin diragui


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Selagi melayu islam tak makan babi selagi tu lah bangsa pemakan babi ini akan cuba suap babi ke dalam mulut kita secara berselindung. sentiasa hati hati terhadap pemberian mereka...kalau pun takde babi mungkin ada pekara was was yang lain seperti holy water dan dsb. boikot keluaran, jualan dan kedai orang kafir selagi mampu.

    BalasPadam
  2. .
    Kalau SST yang memperuntukan denda yang tinggi pun banyak TIPUAN dan elak daftar, apalah sangat sijil yang tidak diperbaharui. Sap sap soi.

    Anehnya bila rekod menunjukkan sijil expired 2017 dan tidak diperbaharui pada waktunya, kenapa peniaga yang culas itu tidak dihubungi atau premis diperiksa?

    Tak cukup penjawat? Tak kuasa? Atau apa-apaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa ribu yg ada, yg jakim atau kpdnhep nak kena cek untuk mereka.. Itu tanggung jawav masing2.. Sama jiga lesen memandu, roadtax, adakah jpj akan call kita?
      Sijil kalibrasi pun begitu juga..

      Padam