Header Ads

ads header

Flash News

Filem sampah: Sudutkan Islam di penjuru prasangka


FILEM adalah mesin propaganda yang menyihir akal manusia tanpa sedar dan wahana paling efektif untuk diselitkan sesuatu aspirasi dan agenda. Besarnya pengaruh filem dan drama menyebabkan kelompok zionis semenjak awal abad 20 berusaha menguasai ruang dan segmen ini. Hollywood dan ruang industri seninya dikuasai oleh kelompok Yahudi dan berterusan melakukan sandera terhadap musuh-musuh mereka.

Saat saya masih hijau di bangku sekolah rendah, menonton filem "Combat" adalah nikmat terbesar waktu tersebut. Watak-watak protagonis dengan uniform tentera, bermuka tipikal lelaki sangkuriang seperti Leftenan Saunders, Sarjan Vic Morrow dan lain-lain. Watak antagonisnya pula pastilah tentera-tentera Jerman dengan guratan wajah yang tidak bersahabat dan kelihatan separa dungu. Kami anak- anak kampUng bersorak kegembiraan apabila tentera Amerika berjaya membunuh dan menghancurkan kem tentera Jerman. Imej dan watak-watak orang Jerman dibunuh dan diremehkan secara perlahan oleh penggiat industri Hollywood.

Ini semua kerana api dendam akibat akar sejarah yang berlaku dalam episod Perang Dunia Kedua, apabila Hitler telah memberangus bangsa Yahudi sehingga mengorbankan enam juta warga Jerman berbangsa Yahudi. Setelah puas meranap imej dan citra Jerman, maka penggiat seni Hollywood mensasarkan kebencian kepada Islam dan penganutnya. Apa sahaja yang berbau kejahatan dan keganasan, cuba dipalitkan dengan Islam, namun sisi putihnya menyebabkan masyarakat Barat semakin ghairah untuk mengkaji tentang Islam.

Puluhan filem-filem Hollywood menjadi watak antagonisnya adalah pengganas beragama Islam, seolah-olah Islam agama yang mengajar kebencian sesama insan. Antara filem ini ialah Sicario 2: Day Of The Soldado, sebuah produk sampah bertema anti keganasan Islam. Hollywood tidak pernah bosan untuk mengaitkan Islam dengan keganasan dengan memberi wajah paling jelek kepada wajah-wajah berjanggut dan berjambang. Filem ini dengan naratif yang diulang-ulang, pasukan keselamatan profil tinggi negara Uncle Sam membanteras jenayah melangkaui sempadan di sempadan Amerika-Mexico (jangan lupa Amerika adalah polis dunia!)

Amerika berdepan masalah penyeludupan dadah oleh kumpulan kartel secara haram dari jiran mereka Mexico sejak sekian lama, secara realiti pun inilah masalah kepada negara yang paling sibuk menjaga tepi kain orang itu. Kedudukan sempadan negara tersebut berhampiran dengan Juarez City, salah satu bandar paling berisiko dalam dunia yang tak pernah sunyi daripada pergaduhan tokan dadah serta kongsi gelap yang menjalankan pelbagai aktiviti haram. Paling bodoh sekali apabila pihak produksi filem ingin memalit lumpur hitam pada wajah penganut Islam walaupun sangat tidak lojik.

Filem sampah sarap seni ini telah meletakkan watak antagonisnya beragama Islam yang cuba menyerang Amerika dengan menggunakan sempadan Mexico. Bukan sekadar buta geografi, namun kejahilan ini cuba disuap kepada para penonton filem ini, itulah kelompok zionis yang menyarung pakaian penggiat industri hiburan di Hollywood.

Bukan sahaja Hollywood, industri filem di Asia Barat juga membidankan naratif yang jelik ini sesuai dengan citra kebanyakan rejim Tanah Arab. Seorang pelakon watak komedi Mesir yang tersohor iaitu Adel Imam melakonkan watak seorang pengganas yang anti sosial dan mengalami kerancuan berfikir sehingga sanggup menumpahkan darah.

Adel membayar harga yang mahal dengan melakonkan watak "irhabi" di mana filem yang diterbitkan dalam tahun 1994 ini telah direspons dengan negatif oleh umat Islam di Mesir kerana sosok seorang pengganas itu diwajahkan dengan berpakaian berserban dan berjubah serta anti sosial. Watak antagonis ini disolek dengan lebam hitam pada dahinya seperti seorang yang warak dan kaki solat malam.

Masyarakat Mesir yang terkenal agresif dan politikal telah mengadakan bantahan awam sehingga membenihkan kebencian pada pengarah, penerbit dan para pelakon filem tersebut. Implikasinya besar apabila "Irhabi" gagal meraih sambutan di pawagam-pawagam, produksi filem mendapat ancaman golongan radikal, euforia ketakutan berada di pawagam menyebabkan pulangan kepada filem itu juga mengerikan!

Menarik apabila selepas kegagalan filem propaganda ini maka penerbit dan pengarah serta rumah produksi filem di Mesir lebih prihatin akan sebarang sentuhan pada ajaran Islam dan watak berpakaian agama. Mesir walaupun mempunyai ancaman sebenar daripada kelompok jihadis namun penggiat filem telah belajar sesuatu, menghormati Islam dan penganutnya.

Mewajahkan Islam agama terroris, bukan sekadar berlaku di lahan Hollywood, Bollywood dan pelbagai negara, namun kini industri filem Malaysia juga terjebak dalam naratif jelek menyudutkan Islam sebagai pemicu keganasan. Dalam drama-drama Melayu, watak-watak antagonis bertudung labuh, berjubah dan memintal serban semenjak dekad 80-an melatari drama dan filem Melayu. Filem "Fenomena","Jeneral Hambali", " Guru Yahya" dan puluhan yang lain adalah memualkan intelek.

Apabila saya membaca sinopsis filem Evo 2 yang diarahkan oleh pengarah tahap suam-suam kuku yang cuba memalitkan imej buruk pada umat Islam, maka saya mengajak rakyat Malaysia memboikot filem sampah ini. Berikan pengajaran kepada penerbit, pengarah bahkan pelakon-pelakon yang berada dalam industri seni negara ini, hargailah nikmat keamanan negara dan hormatilah perasaan umat Islam.

Ayuh buktikan rakyat Malaysia, filem adalah wajah bangsa dan tanah air kita, tolak perlecehan kepada mana-mana agama. Diam kita akan membenarkan kebejatan mereka!

DR RIDUAN MOHD NOR
Penulis adalah Pengerusi LESTARI.

Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

    BalasPadam