Header Ads

ads header

Flash News

DAP Jangan Bakar Negara Ini


Sejak PH berkuasa, nampaknya sikap kurang ajar non-Bumi semakin ketara terutamanya Cina DAP. Mereka mengambil segala kesempatan dengan kuasa 5 tahun sekali ini. Mahathir dan semua pemimpin Melayu PH terbelenggu dengan kuasa kingmaker DAP. Kalau tidak diturutkan, DAP bisa saja bertindak keluar PH.

Jika DAP keluar, kerajaan PH jatuh tunggang-langgang. Menteri-menteri Melayu daripada PAN, PKR dan BERSATU yang baru beberapa bulan menjadi menteri, hilang segala jawatan, pangkat dan kemewahan. Hendak tak hendak kerakusan dan segala tuntutan DAP mesti dipenuhi. Apa nak jadi pada bangsa sendiri, apa peduli. Inilah kemelut bangsaku pada hari ini.

Justeru, yang kurang ajar menjadi semakin kurang ajar. Hati nurani Melayu/Islam tercabar dan dicabar. Baru saja kitab Injil tersebar. Kononnya, ini Malaysia Baru ada hak sama rata semua agama. Kini ICERD pula meradak jantung Melayu. Konsep dan dasar kerajaan PH menghala Malaysian Malaysia jelas sekali. Dengan kuasa, DAP tak perlu lagi melaung-laungkan terminologi sial ini. Laksanakan sahaja sebagai agenda pertiwi.

Semua Melayu PH sekarang pernah menjadi penentang keras dasar Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Mahathir, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan gerombolan mereka kini menjadi Melayu pelupa dek kepentingan sendiri. Hak ketuanan Melayu ingin difaraidkan dengan bangsa pendatang. Benarlah kata ilmuwan: Si bijak akan bahagi sama rata harta orang. Si bodoh akan bahagi sama rata harta sendiri.

Mengikut apa yang penulis dapat rumuskan daripada situasi terkini ICERD jika diterima oleh kerajaan, ratifikasinya akan menjadi api yang membakar negara. Mengikut ahli antropologi, Melayu ini sifatnya banyak santun dan sabar. Amukan pun ada dalam budaya Melayu yang berbudayakan sabar dan santun itu. Justeru, jika Cina DAP terus bermain api dalam apa bentuk sekalipun yang mencabar orang Melayu, maka penulis menjangkakan peristiwa '13 Mei 1969' akan berulang.

Cina DAP harus memikirkan dari sekarang tentang nyawa dan modal insan yang akan melayang. Perniagaan, gedung dan gudang yang akan terbakar dan kehilangan pelanggan. Ekonomi yang sedia parah diperitkan lagi dengan pelabur yang akan menjauhkan diri. Kebimbangan dan ketakutan dek prejudis akan menghantui. Berapa tahun pula masa diperlukan untuk keharmonian, keamanan dan kemantapan ekonomi dapat memulihkan diri?

Penulis fikir pemimpin Melayu PH masih boleh diinsafkan. Merekalah yang menjadi terompah DAP sejak di teraju kuasa. Merekalah yang menyebabkan DAP jadi seumpama kaduk naik junjung. Justeru dalam usaha menyatukan ummah, mereka perlu diajak ke meja bulat. Bangsa ini belum berkerat rotan berpatah arang untuk segera bertaubat.

Bangsa yang berakar salasilah Demang Lebar Daun ini sinisnya dekat berbau tahi, jauh berbau bunga. Leluhur pernah berpesan untuk pewarisnya, jika berkelahi ingatlah biduk lalu kiambang bertaut. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Kalau bertikam,jangan di dalam gelap; kalau tidak menikam lawan, maka tertikam kawan sendiri.

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS

BDA
14/11/2018


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

WhatsappTelegramFacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: