Header Ads

ads header

Flash News

Amanah yakin dapat rampas Kelantan pada PRU15 kata Mat Sabu


Parti Amanah Negara (Amanah) yakin akan dapat mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang berikutan perkembangan positif dari kalangan rakyat negeri itu terhadap Amanah ketika ini.

Presidennya Mohamad Sabu berkata parti itu kini menerima purata 10,000 keanggotaan baharu sebulan di seluruh negara dan yang paling ramai ialah dari Kelantan ketika ini.

“Disebabkan perkembangan itu, saya yakin pada pilihan raya umum ke-15 nanti, kita boleh mengambil alih pentadbiran di sana,” kata beliau dalam ucapan di Konvensyen Amanah peringkat negeri Johor di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Johor Datuk Osman Sapian.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad berkata negara-negara Arab perlu mengikuti contoh bagaimana negara-negara Asean bekerjasama dan memahami sesama sendiri.

Menurut beliau jika dilihat negara-negara Arab, penduduknya mempunyai bahasa dan kepercayaan yang sama, namun mereka tidak boleh bersama-sama, berbeza pula dengan Asean.

Katanya meskipun hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja yang merupakan negara yang mempunyai penduduk yang majoriti Islam manakala yang lain adalah negara-negara bukan Islam, tetapi mereka masih boleh bekerjasama.

- Bernama

MR :  Hebat Mat Sabu


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

14 ulasan:

  1. tolong buktikan mr sabu

    BalasPadam
  2. Lawak 2018 yang paling hebat :

    Ular lidi ternakan sifu kulup roket mahu menelan gajah.

    Parti kuali imayam putumayam yang menjadi khadam parti kafir harbi biaDAP mahu merampas Kelantan pada PRU yang akan datang.

    Orang Kelantan cintakan Islam dan bencikan pengkhianat Melayu yang menjadi barua kafir harbi.

    BalasPadam
  3. Kita minta PAN Islamkan negeri2 dibawah PH dahulu; bila dah terbukti kemampuan PH lebih baik dari kemampuan Pas, rakyat kat Kelantan akan pilih PAN. Kalau tak mampu, biar Kelantan kat Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika setakat menjadi lembu dicucuk hidung ternakan sifu roket, tak payahlah nak berangan-angan tawan Kelantan.

      Padam
  4. Pakatan mat jenin mahu merampas Kelantan ? Ha ha ha ha ha ha ha. Lawak yang mengalahkan raja lawak!

    UMNO telah cuba berpuluh tahun untuk menawan Kelantan pun masih gagal hingga sekarang.

    BalasPadam
  5. Sy percaya mat sabun..dibilik mandi..sabunnn..ini kerana manifesto telah ditunaikan..

    BalasPadam
  6. Parti pandap hanya berfungsi sebagai badut parti kafir harbi roket sahaja.

    Pandap dan dedak cap roket berpisah tiada.

    BalasPadam
  7. Betul ke negara arab tak blh bekerjasama.. Yg cuba merosakkan negara arab, adalah syiah..

    BalasPadam
  8. Mahader yang jauh lebih hebat dari Mat Tarbus pun tak berani cakap besar. Tak semena mena Mat Tarbus tercakap besar seolah olah telah melihat cahaya di hujung terowong semasa di dalam tidur. Kalau Dap boleh buat khinzir terbang, Mat Tarbus boleh buat karpet terbang. Memang sama padan.

    BalasPadam
  9. Great post man thanks for sharing this useful information but I was i serach for PS4 Jailbreak and finally i found one original and working PS4 Jailbreak for free follow the link to read more.

    BalasPadam
  10. Kepala bapak syiah parti pandap mabuk todi bercakap menggunakan kepala lutut sebab ruang otak dipenuhi dengan dedak cap roket !

    BalasPadam
  11. Mat sabu pernah cakap bila dia keluar pas masa tu dia dah gila. Betul apa yg mat sabu sendiri kata. Itulah kata itu doa.

    BalasPadam
  12. Dah berbulan keahlian 10ribu sebulan tapi ahli pan kat kg dia tak sampay 100 org.

    BalasPadam