Header Ads

ads header

Flash News

Boikot PD timbulkan persoalan kerjasama Umno-PKR-PAS


Keputusan Umno memboikot pilihan raya kecil Port Dickson telah mengundang perhatian terhadap kemungkinan kerjasama parti itu dengan PKR dan PAS, kata pemerhati politik Malaysia Bridget Welsh.

Tenaga akademik Universiti John Cabot, Rom itu berkata, Umno yang tercari-cari jalan pulang ke tampuk kuasa pasti mahu mengekalkan hubungan baik dengan PKR bagi memudahkan perbincangan di masa depan.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan BFM malam.

Sebelum ini, tular satu mesej menyatakan PKR akan berpecah dua dengan satu kumpulan bersama Umno menubuhkan Barisan Harapan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala satu lagi akan menganggotai Pakatan Harapan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan khabar angin parti itu.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Tak sangka pengulas luar boleh jadi tipah tertipu. Tipah ditipu oleh perang dingin melibatkan dua pihak.

    Satu pihak yang sudah peroleh kerusi 11:59 PM dan satu lagi dijanjikan kerusi AM yakni PM bertukar jadi AM selepas jam 12:00.

    Dalam perang dingin, janji plan A dikuathiri tidak lagi dipegang. Makanya perlu pada plan B, C dan seterusnya.

    BalasPadam
  2. Pakatan Baru tak akan dibiarkan ujud kalau keujudannya bakal membenam legasi 7PM. Langkah sudah bermula dengan beberapa katak meninggalkan kolam keramat lalu memasuki kolam pribumi. Lebih banyak katak melompat bakal menyusul bila Macc disuruh berdehem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katak biru yang sudah biasa makan dedak biru akan pasti melompat ke dalam kolam baru untuk mencari dedak yang baru kerana tidak sanggup menghadapi musim kemarau.

      Malangnya mulut ular sawa batik bunga sedang ternganga menunggu katak biru yang naif melompat ke dalam mulut !!! Katak-katak naif ini tidak pernah menonton National Geography Wild. Mereka hanya suka menonton $ $ $.

      Padam