Header Ads

ads header

Flash News

Sudah Sampai Masa PAS & UMNO bersama sebagai Pembangkang


Selepas PAS memberikan lalu kepada UMNO di Sg Kandis dan kepada MCA di Balakong, UMNO perlu ikhlas membantu calon PAS di Seri Setia bagi membentuk satu Pakatan Pembangkang baharu yang ingin memastikan kepantingan Islam dan Melayu terjamin setelah dirobek teruk oleh Pakatan Harapan yang didalangi oleh DAP & PKR.

Hari ini semasa penamaan calon di Seri Setia lebih 1000 penyokong dan pemimpin PAS serta Umno mengiringi calon PAS Dr Halimah Ali ke pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ pagi tadi.

Pemimpin PAS yang hadir ialah Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Islandar Samad dan Ustaz Idris Ahmad.

Sementara itu, pemimpin Umno pula yang turut hadir ialah Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri; Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad; Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Lokman Noor Adam serta 100 penyokong UMNO.

Satu perkara yang perlu difikirakan oleh pimpinan PAS dan ahli-ahli serta pendokong PAS iaitu jika mereka tidak selesa untuk kehadiran UMNO atau berasama UMNO kerana mereka berfikir Pakatan Harapan terutamanya cybertropper Pakatan Harapan yang didalangi oleh parti Amanah akan menyerang PAS jika bersama UMNO. Adakah mereka fikir PH akan memberi pujian jika PAS tidak bersama UMNO? Tentulah tidak.

Mereka akan sentiasa menuduh PAS dan UMNO berpeluk, berUG dll. Mereka juga akan jaja kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz "Pas jangan bersama dengan UMNO untuk menyelamat UMNO yang sedang lemas dan kapal UMNO sedang karam. Mereka siang malam akan serang PAS kerana itu sahaja hujah mereka semenjak 2008 yang lalu.

Bodohnya pemikiran cybertropper PH kerana mereka fikir UMNO belum karam lagi dan PAS mampu untuk selamatkannya. Mereka masih anggap mereka pembangkang dan menyerang UMNO yang tiada kuasa kerana takut dengan bayang-bayangan penipuan mereka semasa kempen PRU-14 lalu.

Soal UMNO berubah sepenuhnya atau tidak bukan ukuran sekarang ini. UMNO adalah pembangkang. Saya suka bertanya kerapa cybertropper PH adakah Mahathir yang sepertiga usia menjadi bos UMNO dan dialah tali barut kejahatan UMNO sudah berubah sepenuhnya?

Tapi malangnya cybertropper PH buta mata dan buta fikiran untuk melihat dan menoleh latarbelakang ini untuk menilai sejauh mana Mahathir dan Anwar. Mereka daif tentang perjuangan DAP. Mereka tak mengerti kenapa Bersatu ditubuhkan. Kerana nafsulah mereka tak nak melihat PAS-UMNO bersama walaupun demi Islam kerana itu kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz kononnya.

Mereka buta keadaan dan situasi. Mereka bodoh memahami keadaan semasa. Masa dan berubah UMNO bukan lagi peneraju kerajaan. Jika mereka menghalang penyartuan Melayu. ika apa-apa berlaku kepada Melayu merekalah yang yang menjahanamkan Islam dan Melayu di masa-masa akan mendatang kerana kebodohan untuk memahami waqie semasa.

Bodohnya pimpinan PH terutama daripada parti AMANAH yang didokong oleh golongan Islam IKRAM dan GENG HADIS, Maza, Uzai, Rozaimi, Daniel dll kononnya aib sangat PAS-UMNO bersama untuk perjuangan Islam dan Melayu di negara ini. Mereka lebih suka PAS berpeluk dengan LGBT peluk transgenderbersama dengan mereka.

Bagi mereka PAS-UMNO mesti bercakarakan satu sama lain. Yang lain mereka tak ambil pusing. Tak apa dan tak kisah LGBT makin naik tocang, Tak apa mereka nak kahwin sesama sejenis. Tak apa bukan Islam berada dalam JAKIM. Tak apa Islam boleh jadi liberal asal PAS-UMNO tak bersama dalam suara Melayu Islam kerana UMNO itu kotor dan najis. Mereka mengambil alasan kononnya dulu pernah tok guru Nik Abdul Aziz berkata tak boleh bersama UMNO. Bodohnya mereka kerana menganggap sepanjang hayat Tok guru Nik Abdul Aziz itu yang Tok guru berpesan. Tok Guru pun pernah berkata orang yang keluar daripada PAS ,menjadi bodoh dan gila tak pula diperbesarkan kerana mereka tahu ramai pimpinan parti AMANAH yang dulu cerdik pandai sekarang jadi 'bodoh pian' kerana mahu mendapat sokongan bukan Islam.

Ikhlas, saya melihat sinar Islam ada atas perjuanga Melayu di negara ini dan akan menjadi titik tolak perlaksanaan Islam secara menyeluruh dengan kerjasama erat antara PAS, UMNO dan NGO Melayu Islam. Perkara ini mesti digembeling dengan bijaksana supaya tidak menjadi isu yang boleh PH membodohkan rakyat atas manipulasi demi menutup penipuan mereka atas janji-jani PRU-14.

Biar apa mereka nak kata, yang penting Islam mesti diutamakan. Allah pasti akan menolong kita jika niat kita betul dan benar. UMNO mula sekarang jangan lagi buat perangai hodoh dan bodoh seperti dulu.

SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Adalah dengan nama Allah diseru agar Umno Dan pas bertaut kembalikerana sama2 menjadi pembangkang ummah yg terbesar. Dedak Dan UG apa lagi yg mereka may dendangkan kerana Najib Dan Umno sudah menjadi sejarah. Jangan Kita gentar dengan bisikan setan yg ingin pecah belahkan ummah. Inilah Masa terbaik untuk bertaut tanpa apa2 kepentingan spt Mana difitnahkan sebelum ini.Pemimpin PAS Dan Umno perlu bermula dari sekarang menerangkan kpd Ahli masing2 betapa urgent nya bertaawwun di ummah. Tindakan PAS yg menyatakan sokongan kpd MCA di balakong sangat bijak. Pas adalah parti yg mesra kemanusiaan berbilang bangsa Dan agama. Buktinya sayap DHPP yg setia bersama perjuangan Islam. Bagi Saya MCA lebih berakhlaq berbanding dap yg pernah bersama. Dekatilah mereka sepertimana DHPP.

    BalasPadam