Header Ads

ads header

Flash News

Hilang 19 billion, dicabar lapor polis, LGE berdalih hanya jumpa polis


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dia akan memberi keterangan kepada polis minggu depan berkenaan dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam akaun amanah GST.

Lim dalam kenyataan hari ini berkata dia menyahut cadangan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan beliau membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata Najib tidak akan ada lagi alasan untuk tidak menjawab soalan penting berkaitan dakwaannya itu.

“Najib enggan menjawab tentang penglibatan beliau sebagai menteri kewangan dalam masalah ini dengan mengatakan saya harus membuat laporan polis.

“Polis akan mengambil keterangan saya minggu hadapan dan Najib tidak akan ada lagi alasan untuk mengelak daripada menjawab 3 soalan penting tentang kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik GST yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu.

“Kerjasama penuh dengan pihak polis menunjukkan kerajaan baharu mahu kebenaran didedahkan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Lim mencetuskan gempar di Dewan Rakyat apabila dia menuduh BN “rompak” wang tuntutan GST daripada Kumpulan Wang Disatukan dan menyebabkan kekurangan sebanyak RM19 bilion yang tidak dibayar kepada para peniaga sejak 2015.

Jumlah wang perlu dibayar balik adalah RM9.2 bilion pada 2018, RM6.8 bilion pada 2017, RM2.8 bilion pada 2016 dan RM600 juta pada 2015.

Lim berkata kastam mengesahkan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018 tetapi akaun amanah itu hanya mempunyai RM1.4 bilion.

Najib berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) berlindung sebalik kekebalan Parlimen dan menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam menyiasat dakwaan itu.

Bekas perdana menteri berkata kerajaan PH menyalahkan kegagalannya melaksanakan janji manifesto pilihan raya ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN) lepas.

Beliau juga meminta rakyat bersedia menghadapi cukai baharu yang akan kerajaan perlu perkenalkan bagi menggantikan kekurangan akibat pemansuhan GST.

Lim berkata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam mengesahkan kekurangan RM19.25 bilion itu tidak dipindahkan ke akaun amanah GST dalam mesyuarat bulanan yang dipengerusikan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar.

“Sungguhpun segala keputusan dibuat oleh Irwan, Najib masih memainkan peranan yang penting kerana hanya menteri kewangan mempunyai kuasa untuk meluluskan agar RM19.25 bilion tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST ataupun bayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang,” katanya.

PH menurunkan kadar GST 6% ke 0% pada 1 Jun dan cukai jualan dan perkhidmatan atau SST akan diperkenalkan pada 1 September.


MR : Sampai bila PH nak pular belit fakta dan manipulasi isu dan maklumat?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan