Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Halimah Ali calon PAS untuk PRK Seri Setia


PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bekas Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, sebagai calon parti Islam itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia.

Beliau mengumumkan nama Halimah pada satu majlis pengisytiharan calon PRK Seri Setia di Desa Mentari malam tadi.

Turut sama hadir Menteri Besar Prof Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya, Prof Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat kanser kolon pada 2 Ogos lalu.

Ini merupakan kali ke-5 Halimah bertanding mewakili PAS.

“Saya yakin kita perlu memberikan suara rakyat yang kuat kepada Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Kita perlu memberi suara dan isyarat yang kuat kepada kepimpinan negeri dan pusat kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau adalah ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan bekas exco kerajaan Selangor.

Halimah berkata jika diberi mandat dia mahu tumpu pada isu sosio-ekonomi dan gejala sosial yang membelenggu masyarakat.

“Saya juga ingin meneruskan semula tuisyen rakyat di Seri Setia yang pernah dirancang sebelum ini,” katanya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan