Header Ads

ads header

Flash News

Turun Harga, Khairol Azelan boleh buat YB Saifudin Nasution boleh juga, tapi boleh kaji ajelah


Penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

"Saya tidak mahu bina hijab atau dinding dengan rakyat mengenai penemuan tinjauan, kita nak kongsi dengan rakyat dari segi fakta dan barangkali saya kena 'create' (cipta) rangkaian khas yang menyatakan hasil tinjauan di setiap premis barangan, biar rakyat boleh akses terus untuk tengok," kata Saifuddin.



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Salahuddin Ayub lagi hebat dia boleh kira berapa banyak ikan dilautan. Ini belum pernah terjadi lagi oleh mana-mana menteri sebelum ini.

Saya hairan ayam kena ternak, kena bagi makan, kena cucuk hindar penyakit, kena timbang untuk tahu perkembangan kesihatan. Paling awal pun 3 bulan baru boleh dapat hasil.

Ikan tak ternak, tak perlu reban, tak perlu beri makan, tak perlu cucuk.. TAPI HARGA IKAN MAHAL DARIPADA AYAM.

Kenapa mahal?
Mesti ada sesuatu yang sengaja menjadikan harga mahal yang tak mampu diselesaikan oleh 2 orang menteri PAKATAN HARAPAN. Harap cakap aje hebat tapi buat kerja tak ada hasil. Si Khairol ni boleh buat... Kenapa Khairol boleh turunkan harga?

Anda baca berita daripada daripada BERNAMA

........

Kedai ikan berhadapan Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) Sungai Layar dekat Sungai Petani, menjadi tumpuan ramai apabila ikan kembung atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai ikan temenung dijual hanya pada harga RM0.05 sen dan RM0.30 sen seekor.

Orang ramai terutamanya penduduk di sekitar kawasan itu mula beratur seawal pukul 2 petang apabila mengetahui maklumat mengenai jualan ikan murah serendah RM0.05 sen itu tular di laman sosial sejak semalam.

Seorang pelanggan, Noraliza Ismail, 38, dari Kampung Zainal Abidin, Bedong, dekat SUngai Petani, berkata, dia bertolak ke lokasi kira-kira pukul 2 petang tadi supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan ikan pada harga yang murah.

"Orang ramai memang tunggu dari awal, sekejap sahaja ikan 5 sen itu habis dijual..saya sempat membeli 40 ekor ikan temenung yang dijual pada harga RM0.05 sen seekor dan 20 ekor lagi pada harga RM0.30 sen seekor," katanya kepada Bernama, di Sungai Petani, hari ini.

Menurutnya, dia sedia maklum mengenai kedai ikan itu yang sering menawarkan harga hasil laut yang lebih murah dari harga pasaran, malah sudah lima kali berkunjung ke situ setiap kali diadakan promosi jualan murah.

Khairol Azelan promosi harga murah 

Sementara itu, pemilik kedai ikan Pasar Kampung itu, Khairol Azelan Johari, 37, berkata, sebanyak 10,000 ekor ikan temenung habis dijual hari ini dengan ikan berharga lima sen yang berjumlah 6,000 ekor habis dalam tempoh 30 minit sebaik jualan dibuka pukul 3 petang tadi.



“Baki ikan tersebut dijual pada harga RM0.30 sen seekor dan habis pada pukul 5 petang...Dari segi harga, ia bergantung kepada bekalan..kalau dapat murah kami tawarkan harga murah..setakat ini ikan temenung, kami pernah jual pada harga 5 sen, 10 sen dan 30 sen seekor,” katanya.

Menurutnya, bekalan ikan temenung dan hasil laut lain diperolehinya dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, Kuala Muda dan Tanjung Dawai.

"Selain ikan temenung, kita juga buat promosi harga murah bagi Udang Galah (RM0.70 sen hingga RM1 seekor), ikan Cencaru (RM0.20 sen seekor), bergantung kepada bekalan yang diperoleh.

"Kedai kami beroperasi setiap hari bermula pukul 3 petang, tetapi waktu promosi harga murah hanya akan dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook atas nama 'Khairol Azelan'," katanya.

Khairol Azelan yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam dunia perniagaan, berkata, dia akan meneruskan lagi promosi seperti itu bagi membantu meringankan perbelanjaan harian pelanggannya.

"Niat saya untuk berkongsi rezeki dan bersedekah..lagi pun ini juga salah satu cara mempromosikan Pasar Kampung yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, kepada lebih ramai pelanggan.

"Cuma hari ini saya terpaksa hadkan jualan, 40 ekor seorang bagi ikan RM0.05 sen dan 20 ekor seorang bagi ikan RM0.30 sen, supaya semua pelanggan yang lama menunggu dapat membelinya..saya amat berterima kasih kepada pelanggan yang menyokong saya,” katanya.
- Bernama

MR : Si Khairol ni patutnya masuk jadi ahli Pakatan Harapan, kemudian lantik jadi menteri ganti 2 menteri yang bercakap macam Ahmad Maslan aje....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Kalau untung sekor ikan everage-nya adalah 3 sen, untung bagi 10000 ekor ikan adalah RM300. Tolak upah dan kos RM100, masih ada untung RM200.

    Sudut pandang untung dan rugi peniaga cekal berbeza dengan Pak Mentari. Bagi peniaga ini, untung sedikit tak apa asalkan bilangan pelanggan yang berpuas hati adalah ramai.

    Bagi Pak Mentari, asalkan dapat untung (KERUSI), apapun akan dijual termasuklah retorik, gimik, bulan dan bintang. Kepuasan pelanggan jatuh nombor 3 dan ke bawah.

    BalasPadam
  2. Melayu dalam Pakatan Harapan ni.... kalau main perang saraf trolling bolehlah menang. Tapi kerja masih tak reti buat.
    Flip flop Uturn. Diketawakan oleh geng Cina DAP. Selama-lamanya akan dipanggil bodoh oleh orang Cina. Dahlah bodoh , jadi Pak Turut. Takde prinsip. Semua jadi barua kafir.

    BalasPadam
  3. Awat PM x bg DAP pegang portfolio KDNHEP ni? Depa kan ramai tokey.. Ni pi bg pegang portfolio timb mnteri pertahanan.. Yg pegang pun senator plk.. Cina tmpt dia pun x mau kt dia. .. Hehe.. Akai ada ka?

    BalasPadam