Header Ads

ads header

Flash News

Iklan di MindaRakyat



MAAF KAMI DAH TAK BUAT IKLAN

Kami ditanya berkenaan iklan di blog ini. Terutamanya mereka yang pernah beriklan dengan laman Tranungkite Online (TKO). Setelah TKO ditutup tak ada laman yang memberikan perkhidmatan iklan dengan kadar sangat membantu.

Pada dasarnya memang kami tidak berhasrat untuk menyediakan ruang iklan tapi atas dasar membantu akhirnya kami bersetuju menyediakan satu ruang iaitu di bawah artikel seperti di bawah.

Memang jika sesiapa yang berniaga, terutamanya perniagaan online jika tiada iklan bagaimana orang nak tahu produk kita? Iklan terutama di laman atau blog yang ada kunjungan tetap boleh membantu mereka yang berniaga mengetahui produk berkenaan. Ini membantu perniaga tersebut.

 MindaRakyat (MR) masih belum mendapat sepenuhnya pengunjung laman Tranungkite Online (TKO). Walau bagaimanapun kami mempunyai pageviews setiap hari agak besar bagi blog yang baru beroperasi iaitu sekitar 35 - 60 ribu sehari. (Pageviews juga memberikan gambaran bahawa seseorang itu mungkin membuka beberapa kali sesuatu page).

Blogspot adalah bersifat 'responsive' iaitu paparan laman berubah mengikut apa yang pengguna guna samada smartphone atau pc. MR mempunyai 3 rupabentuk iaitu Handphone, Tablet dan PC. (pengunjung boleh tukar versi ini sendiri bagi pengguna smarphone)


Paparan versi PC atau Notebook



Versi tablet

Versi smarphone.

Oleh itu kami menyediakan satu ruang iklan sahaja di bawah artikel bersaiz 600 x 120 pixel, di mana iklan berkenaan akan dipapar untuk setiap versi. Lihat contoh di bawah artikel ini.




Jika tuan/puan berminat untuk beriklan, tuan/puan boleh hubungi kami untuk dapatkan harga (harga kami tawarkan sangat berpatutan dan bersifat membantu) melalui salah satu cara di bawah:-
1. Emel mindarkyat@gmail.com
2. Telegram @NikAbuBakarNikMat
3. Whatsapp http://artikelmindarakyat.wasap.my/
4. Massage/call 011-1089 0461 (kami jarang on telefon ini, sekadar untuk telegram, whatsapp dan masej aje)


Saiz imej dengan byte yang tidak terlalu besar yakni sebaik-baiknya tidak melebihi 200 KB.Jika imej melibatkan wanita, pastikan menutup aurat. Jika e-mel tak dijawab lebih 3 hari, tolong hantar semula, mungkin kami terlepas pandang.

Setelah disahkan tentang pembayaran iklan akan dipaparkan sehari selepas pembayaran dan paling lewat 3 hari daripada pembayaran dibuat, melainkan jika ada masalah yang tak dapat diatasi mungkin memakan masa lebih daripada 3 hari tetapi jarang berlaku. (tuan/puan boleh call/masej pada nombor di atas)

Syarat-syarat pengiklanan mungkin berubah dari semasa ke semasa dan pihak kami akan memberi notis kepada pengiklan, tanpa membebankan para pengiklan dengan perubahan tersebut. Jika ada kemusyikilan, sila bertanyakan kepada pihak kami melalui emeil/tel yang dinyatakan di atas.

Harga yang ditawarkan tidak termasuk pembinaan imej iklan. Pihak kami bersedia untuk menyediakan images pengiklanan tanpa sebarang bayaran dengan syarat terimalah apa sahaja yang ada...(Source imej yang dibina tidak akan disimpan dan akan dipadamkan setelah tiada sebarang pembetulan pada hari pertama iklan dipaparkan)

Pihak kami juga bersedia menyediakan ruang pada laman ini untuk beriklan dengan satu kadar yang sangat minimum.

Pihak pengiklan boleh menukar imej iklan beberapa kali yang dikehendaki dengan syarat imej adalah daripada pihak pengiklan sendiri. Pihak pengiklan juga boleh menukar link laman dengan syarat link tersebut tidak bertentang dengan polisi kami.

Kami tidak menerima iklan berbentuk jana/buat/impian/dll berkaitan wang, iklan yang berbentuk pertandingan yang melibatkan pembayaran penyertaan (misalnya pertandingan memancing), gelang kesihatan bagi lelaki, jualan melibat ayat al Quran melainkan untuk tabung atau pendapatan sendiri yang berpatutan, ubatan seks yang melampau, links laman pengiklan yang mengandungi gambar yang tidak bermoral dll yang bercanggah dengan polisi kami.

Tiada hak cipta dalam pengiklanan. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh membuat iklan pada produk tertentu walaupun sudah ada produk itu pada iklan sebelumnya. Oleh itu pihak kami berharap pihak pengiklan berlapang dada dalam hal ini dengan mengambil kira rezeki semuanya datang daripada Allah. Walau bagaimanapun kita kenalah menghormati pengiklan lain kerana sesungguhnya meraikan orang lain adalah lebih baik, jangan kita ada sifat untuk bersaing tanpa mengambil kira perasaan dan pandangan orang lain.

Jika pengiklan yang iklannya berada di atas ingin mengeluarkan iklannya sementara (misalnya, dia tak sempat nak urus kerana ada urusan lain) sedang tempoh tamat belum habis, kami menerima pengangguhan ini dengan bilangan hari yang masih berbaki. Tapi apabila iklannya dimasukkan semula. Iklan ini akan berada di bawah sekali. Polisi ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati pengiklan lain yang tak tahu apa sebab iklan itu dikeluarkan sebelum ini.

Lain-lain peraturan yang akan dinyatakan kemudian tetapi tidaklah membebankan pengiklan.

--------------------------------

KEMASKINI IKLAN NOVEMBER 2018

Kami telah ubah suai sedikit posisi iklan dan juga tawaran harga bagi iklan supaya ramai boleh beriklan dengan kos sangat murah. Posisi iklan juga kami telah ubah sperti di bawah:-



Pakej Iklan Baru November 2018


Pakej AHarga RM sebulan
Buat masa belum dibuka..


Pakej B
Harga RM sebulan


Pakej CHarga RM sebulan


Pakej D
Harga RM sebulan

Pekej E (Iklan Teks)
Harga RM20 sebulan




Abu Bakar Mat 
Pengurus Iklan MindaRakyat
mindarakyat@gmail.com




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :
 
 
 
 
 
 
 

3 ulasan:

  1. Meme baik sekali ...dsamping info Ada sedikit iklan..
    Terbaik.. Go on.

    BalasPadam
  2. Terbaik.. Support org kita niaga.. InsyaAllah semoga dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T.. Aamiin..

    BalasPadam
  3. Islam adalah agama rasmi dibumi malaysia.
    Jgn ada penganut agama lain yg cuba memecah belah kan keharmornian tanah melayu ini.

    BalasPadam