Header Ads

ads header

Flash News

Hari Pertama Dewan, Kerajaan Pakatan Harapan dah gagal!


Kerajaan Pakatan Harapan mencipta sejarah Malaysia Baru dengan menipu dalam proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat.

Pada awal mesyuarat, Ketua Whip PAS, YB Dato' Takiyuddin Hassan telah bangun meminta penjelasan SU Dewan berkenaan pematuhan Peraturan Mesyuarat.
Namun, suara bantahan tersebut tidak diendahkan oleh SU Dewan Rakyat.

Peraturan Mesyuarat  Dewan Rakyat no 4 menyebut:

"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"


Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang.

Umum mengetahui, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman.

Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018..?

Bukankah itu menipu namanya.?

Bukankah ketika PH jadi Pembangkang dahulu, mereka sendiri yang sering melaung 'prinsip 'Rule of Law' dan kewajipan mematuhi undang-undang.

Kini, apabila PH sudah berkuasa, mereka pula yang melanggar undang-undang.




MR : Kerajaan PH menang pun dengan penipuan, kini rakyat hanya tunggu sahaja apa lagi yang akan dikencingnya


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

7 ulasan:

  1. Dulu semuanya OK. Sekarang baru sedar sistem yang membenarkan penipuan, pengencingan dan pemungkiran. Sistem yang dah lapuk dan menuju kekunoan dan selayaknya masuk muzium!!!???

    BalasPadam
  2. Bau hancing tapi kalau nak nyah bau kena tunggu 5 tahun. Kalau cam gegitu hanya hidung hipokrasi yang boleh tahan! Muahahaha

    BalasPadam
  3. Fahamilah bahawa kerajaan minoriti perlukan satu pendekatan unconventional untuk kekalkan momentum. Kalau momentum berhenti ia bakal jadi kejutan dan bakal jadi sejarah yang menggelikan hati.

    BalasPadam
  4. Kalau tak ada harta, deklarasi harta taklah mengambil masa. Apa pun pujian harus di beri pada Tok Mat kerana sudah mendahului lain2 cef dalam kabinet dapur dalam soal pengistiharan harta.

    BalasPadam
  5. Tu lah pasal pentadbiran caca marba. Nak melantik menteri dan speaker pun bercekau sesama sendiri. Sampai last minit pun blm dapat cari speaker. Last2 terpaksa menipu kata perlantikan speaker tu menepati tempoh dibenarkan. Kalau awal2 persidangan pun sudah menipu ttg prosedur, apa lagi lain2 perkara yg berkaitan selepas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. angkat sumpah berlangsung selepas sparekey di lantik dan bukan sebelumnya. bermakna penipuan dibuat sebelum sesumpah diangkat. dorang bukan kecik anak, dorang tahu risiko kalau menipu selepas mengangkat sesumpah. wakakaka

      Padam
  6. Sementara itu, Dr Mahathir berkata, tidak semua janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu perlu diikuti.

    “Atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan Bible, ia hanya panduan,” katanya mengulas manifesto yang menyatakan Speaker Dewan Rakyat mestilah di kalangan Ahli Parlimen, sebaliknya Mohamad Ariff bukan wakil rakyat.
    Inilah kenyataan dari orang tak pernah rasa bersalah taubat hanya dari mulut tak sampai kahati shame on you pm

    BalasPadam