Chin Tong dulu suka perli orang, sekarang terkena muka sendiri
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong merupakan salah seorang yang dilantik sebagai senator petang ini. Pelantikan itu membuatkan Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong mengimbas tentang kenyataan 'menteri pintu belakang' Liew.
Wee mengingatkan semula suatu ketika Liew memperlekeh Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang dilantik sebagai senator dan seterusnya timbalan menteri meskipun tidak bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) 2013.
"Saya ingat betapa kerap dia (Liew) memperli dan menjadikan pelantikan Chong itu sebagai jenaka. Dia malah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak wujud 'parlimen pintu belakang' yang membolehkan pelantikan itu.
"Apa jadi dengan pendirian itu sekarang? Liew perlu menjelaskan parlimen pintu belakang mana yang dia wakili. Dia tidak boleh suka hati tukar pendirian," katanya kepada Malaysiakini.
Liew yang dilantik menjadi senator mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pertahanan petang tadi.
Wee, yang mengalahkan Liew pada PRU 9 Mei lalu di kerusi parlimen Ayer Hitam juga menjelaskan bahawa Liew tidak dipaksa untuk menerima pelantikan itu.
"Saya perlu ucapkan tahniah kepadanya atas pelantikan itu. Bagaimanapun, saya juga perlu ingatkan bahawa dia tidak dipaksa menerima pelantikan itu. Seseorang itu perlu bersetuju sebelum mengangkat sumpah," katanya.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mengimbas situasi pada malam 9 Mei itu.
"Lewat malam 9 Mei itu, Liew hubungi saya dan mengaku kalah serta mengucapkan tahniah kepada saya. Saya beritahu dia bahawa saya tidak boleh gembira kerana ramai rakan saya di BN dan MCA kalah.
MR : Ramai pimpinan PH dulu cakap lain sekarang cakap lain... Dah bercabang lidah mereka. Rakyat hanya tunggu masa sahaja BN 2.0 akan muncul dengan 'baju baharu'
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :

Jarang2 kedengaran MCA perli Dap bila Dap telan balik ayat2 sinikal yang telah di suapkan ke mulut MCA sebelumnya. Ini adalah petunjuk awal Dap semakin tidak dipandang tinggi susulan HIPPO yang melampau.
BalasPadamPakatan Harapan :
BalasPadamRakyat dikencingkan,
Prestasi dicapatikan.
kan dah kata cina sekarang tersenyaop.. terdiam..sbb mereka lagi rugi teruk dlnm bursa saham..yng untung hanya kroni atok jrr
BalasPadamPH dah jadi Pakatun Hipokrit
BalasPadam