Header Ads

ads header

Flash News

Belit pertama Mahathir mengenai pemberian royalti 20%


PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekali lagi menekankan pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri akan dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan.

“Royalti adalah keuntungan. Ia bergantung kepada keuntungan Petronas di kawasan itu. Apa yang kita dapat dari Terengganu tidak akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Terdahulu, penyelidik Perjanjian Malaysia 1963, Zainnal Ajamain mempersoalkan kewajaran kiraan berdasarkan keuntungan kerana ia tidak mengiktiraf negeri sebagai pemilik sumber minyak dan gas.

“Jika ia keuntungan, itu bayaran tunai dan ia bertentangan dengan janji PH untuk 20% royalti minyak,” katanya.

Perdana menteri mendedahkan kiraan bayaran royalti kepada negeri akan dibuat berdasarkan kepada keuntungan Petronas di negeri-negeri berkenaan di Dewan Rakyat semalam.

Pembayaran royalti 20% daripada “pembayaran tunai” 5% kepada negeri dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 mei lepas.

Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini menggesa kerajaan menetapkan tarikh pembayaran royalti agar negeri tahu bila wang akan disalurkan.


MR : Mahathir ada orang kata otaknya sentiasa berputar untuk menipu atau berbelit. Musuh boleh kawan dan kawan boleh jadi musuh asalkan matlamatnya tercapai....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. org yg tuduh org berzina atau liwat tanpa bukti yg diiktiraf oleh islam maka cakapnya tak boleh di pegang ...

    BalasPadam
  2. Ya Allah Ya Tuhan kami.....
    Bukalah mata hati kami untuk mengambil lslam sebagai cara penyelesaian segala masalah negara dan rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  3. tau tak apa, tapi jangan buat tk tahu nnti buang masa.

    BalasPadam
  4. Patutnya Kelantan Tganu Sabah dan Srwak wujudkan satu Gerakan Royalti 4 Negeri bersama utk tekan Madey supaya akur dgn Perjanjian Asal yg suruh byr berdasarkan Royalti. Kalau diam je, atau tidak bersatu, memang sedaplah Madey auta rakyat lagi.

    BalasPadam