Antara BN dan PH
Pertembungan dua kuasa besar kafir Rom Tiimur (Kristian) dan kafir Parsi (Majusi-penyembah api) telah terekod dalam al-Quran surah al-Rum. Rasulullah saw dan orang-orang Islam merasa sedih apabila kafir Kristian Rom dikalahkan oleh kafir Majusi Parsi. Sebaliknya Rasulullah saw dan orang Islam bergembira apabila diberitakaan oleh Allah SWT bahawa dalam beberapa tahun (7 tahun) Rom akan kembali mengalahkan Parsi. Atas alasan apa orang-orang Islam bergembira dengan berita ini?. Tentunya dan yang paling utama ialah kerana "agama". Agama Kristian asasnya merupakan agama samawi (langit) sebagaimana juga agama Islam datangnya daripada sumber yang sama iaitu Allah SWT. Berbeza dengan agama Majusi yang hanya merupakan ciptaan manusia belaka.
Nah.
Apa kaitan kisah itu dengan suasana politik yang berlaku dalam negara
kita ini?. Secara kebetulan semacam ada satu bayangan kepada keresahan
yang berlaku selepas PRU14 ini, khususnya antara BN sebagi pemerintah
lama dengan PH sebagai pemerintah baru.
Cuba
perhatikan baik-baik. Pemerintahan BN dulu diketuai dan sekali gus
dikuasai oleh orang Islam. Lebih kurang dua pertiga ahli parlimennya
dipegang oleh orang Islam (walau pun ada yang terbukti korup). Setelah
lebih kurang 60 tahun memerintah, kita boleh semak apa yang UMNO dan BN
lakukan terhadap Islam, bangsa Melayu, bahasa Melayu dan raja-raja
Melayu.
Sekarang kita bandingkan dengan PH.
Dari segi bilangan ahli parlimen, angka awal didapati 66 ahli
parlimennya terdiri daripada bukan Islam. DAP solid bukan Islam, PKR
hampir separuh bukan Islam, WARISAN (Sabah) sebahagiannya bukan Islam.
Maknanya bukan Islam memimpin dan menguasai PH. .Mereka menjadi pendesak
utama kerajaan baru (Malaysia Baru). Walau pun mereka mengalah dalam
beberapa hal seperti keanggotannya dalam kabinet dan Menteri Besar,
namun mereka tetap ada strategi tersendiri.. Baru dua-tiga bulan
memerintah sudah nampak jalan yang dirintis oleh mereka meangarah kepada
Malaysian Malaysia idea DAP. Isu agama Islam, Bahasa Melayu sebagai
bahasa resmi, hak bangsa Melayu sebagai kaum Bumiputera, dan
Agong/Raja-Raja Melayu sebagai tonggak agama Islam mula berani
diperdebatkan dengan hanya beralaskan kepada gaya baru pemerintahan -
iaitu era "Malaysia Baru" PH. Inilah Malaysia Baru dokongan kerajaan PH.
Pemerintahan "Malaysia Baru" sedikit demi sedikit dapat "normalisasi"
tanggapan songsang tersebut.
Kerajaan PH,
Mula-mula diberi peranan untuk mengisi jawatan kabinet penting yang
pegang wang negara kepada bukan Islam (walau pun kes rasuahnya di
mahkamah masih tergantung). Sedangkan sudah berabad-abad jawatan itu
dipegang oleh orang Islam. Lepas itu mereka dapat pula Peguam Negara,
lepas itu.Ketua Hakim Negara (asal jawatannya Ketua Hakim Borneo,
melangkahi Ketua Hakim Malaya, yang kebiasaannya secara autometik naik
ke jawatan tersebut). Apa nak diharap kepada mereka untuk memperkasa
undang-undang Islam dan mahkamah syariah?. Di peringkat negeri mereka
dapat pegang speaker Selangor dan Perak...Speaker adalah ketua dalam
ADUN setiap negeri. Semakin banyak jawatan yang mereka pegang sebagai
ketua, sebab bilangan mereka lebih ramai...
. .
Mengenai
bahasa, LGE telah memulakan penggunaan bahasa bukan Melayu (dalam
upacara resmi?). Mahu mengiktiraf, apa dia UEC ?, mahu mengguggurkan
syarat lulus subjek sejarah (Malaysia) dalam peperiksaan. Permasalahan
peruntukan sekolah Cina berbanding dengan peruntukan sekolah-sekolah
kebangsaan. Dalam hal agama, rasanya RUU355 tak akan diangkat walau
pun ada permohonan dari ahli parlimen PAS, sebaliknya akan ada
undang-undang lain iaitu undang-undang keluarga Islam yang lebih mesra
PH. Nasib Jabatan-jabatan yang berkait dengan Islam khususnya JAKIM
masih tergantung dan menjadi teka-teki Pengaruh Islam LIberal yang
semakin subur. Kerajaan PH melalui menteri Agama bersedia menjaga
agama-agama lain sebagaimana menjaga agama Islam (hifz al-din).
Kedudukan Agong/raja juga sudah tidak selamat kerana sudah ada
suara-suara yang mahu menghapuskan institusi tersebut supaya menjadi
negara Republik. .
Itu baru dua tiga bulan memerintah. Bayangkan kalau dua tiga penggal !!!!!
Apa
pendirian pejuang-pejuang Islam khususnya PAS dan orang Islam umumnya?
Saya secara peribadi lebih sayangkan BN berbanding PH, kerana pendokong
utama BN ialah orang Islam (walau pun ada yang korup), manakala
pendokong utama PH adalah Kristian (yang mempunyai agendanya
tersendiri). Mana yang lebih dekat di hati orang Islam? Kalau di zaman
Rasulullah dulu orang Islam lebih dekat hatinya kepada orang Kristian
(Nasrani) berbanding dengan orang penyembah api, Majusi. Mana satu, BN
atau PH kah yang lebih dekat dengan Islam? .Tuan-tuan fikirkan sendiri.
"Nasi lebih senang menjadi bubur daripada bubur menjadi nasi"
..
Surtahman Kastin Hassan . .
MR : Kita tunggu selepas 100 hari lihat apa yang PH nak 'buat alasan'....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :


Beza b.n dgn pakaturn,b.n penyamun tp ada la jg islam untuk jaga undi (market utk b.n ialah pengundi melayu).pakaturn perompak tp pelingkup islam untuk jaga undi jugak (market pakaturn ialah bukan islam yg d takutkan dgn islam).mana yg terbaik?dh tentu lah PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).PAS jaga islam,jaga melayu dan bukan islam.PAS bukan perompak @ penyamun.PAS jaga ktetapan ALLAH lepas tu baru jaga kehendak manusia.
BalasPadamDeorang minta 60 tahun untuk ubah lama jadi BARU.
BalasPadamGunakanlah kesempatan untuk kebaikan,
BalasPadamsebelum segalanya terlepas dari genggaman.
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan.
Apa gunanya sesalan.
Hanya mencengkam jiwa.
Usah difikir derita akan berpanjangan.
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.
Ingatlah biasanya kabus tak berkekalan
Setelah kabus berlalu... pasti terang kembali.
Ujian adalah .....
Tarbiyah dari Allah.
Agarkah kita kan sabar atau sebaliknya.
Kesenangan yang datang setelah kesusahan ,
Yakin itu adalah nikmat dari Tuhan.
Allah dah bagi kita peringatan
BalasPadamGolongan kafir ini tidak akan redha akan umat Islam selagi kita tidak ikut cara hidup mereka.
Nah tengoklah tuntutan tuntutan orang kafir ini .... dah lihatlah betapa senang barua barua kafir ini tunduk dan akur.
Tapi mereka tidak akan berhenti sahaja.... tidak !
Mereka akan terus menekan lagi dan lagi sehingga Malaysia jadi seperti Singapura. Tak cukup dengan itu mereka akan terus tekan lagi dan lagi sehingga tiada satu pun tinggal manusia yang menyebut nama Allah.
Tanya orang Melayu Singapura ... di mana kiblat ? Tak tahu jawabnya. Tanya di mana surau terdekat. Tak tahu katanya.
Gila saudara....
Bangkitlah Islam .
Dan secara umum dan perbadi..sya harap ph dn bn umno dinyahkn..saya lebih sayangkan pas di para2 ulama dn mnghrapkn media di bawah pemerintahan Islam ya sebenar2nya. Aamiin.
BalasPadam