Aktivis Gay Tidak Dibenar Berucap
SINGAPURA – Aktivis gay Singapura, dilarang memberikan ucapan TEDx di sekolah berprestij, mencetuskan kritikan baru mengenai tindak tanduk konservatif terhadap homoseksual di republik itu.
Penyelidik dan pengarah sokongan Rangkaian Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender Antara-Universiti, Rachel Yeo. memberitahu beliau dijemput berucap di majlis TEDx anjuran Institut St Joseph minggu lalu.
Majlis TEDx dianjur secara bebas dengan lesen daripada TED Talks, yang menonjolkan syarahan daripada tokoh berpengaruh dari seluruh dunia yang disiarkan secara meluas atas talian.
Penceramah TED termasuk bekas Presiden Bill Clinton dan pakar astrofizik Britain, mendiang Stephen Hawking.
Namun sehari sebelum majlis di sekolah persendirian Katolik itu, pelajar berusia 23 tahun berkenaan berkata beliau dihubungi penganjur memaklumkan tidak lagi boleh mengambil bahagian disebabkan peraturan Kementerian Pendidikan.
Kementerian, bagaimanapun menafikan ia terbabit dalam keputusan itu.
Walaupun Singapura maju dalam banyak keadaan, pengkritik berkata tindak tanduk terhadap gaya hidup homoseksual masih konservatif.
Sekolah berkenaan berkata, pencerahan dipilih pelajar dan guru bertanggungjawab tidak membuat pemeriksaan sebelum senarai dimuktamadkan. – AFP
MR : Yang pelik diluar negara tak terima gay, di Malaysia Gay semacam disanjung....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :


Hantu dipandang serong bukan kerana ianya hantu tetapi kerana ada perbuatan hantu itu -- seperti mencekik orang, hisap darah, menakut-nakutkan kanak-kanak, pengotor, bla, bala -- yang membuatkan ianya dipandang serong. Oleh itu tak gunalah kalau hantu melaung-laungkan "usah pandang serong" kalau punca dia dipandang serong adalah datang dari hantu itu sendiri.
BalasPadamAnwar ibrahim ketua gay pun dh keluar dari penjara.makin berani la puak lgbt ni.apa anwar d fitnah kes liwat?puii,dalam dunia ni anwar seekor ja dua kali d dapati bersalah kes liwat. D penjara pun sebab kes liwat.jadi anwar timbalan perdana menteri dan bekas timbalan perdana menteri gay pertama d malaysia.( gay @ biseksual?)
BalasPadam