Header Ads

ads header

Flash News

Akhirnya Mahathir mengaku pinjam dengan Jepun


 KUALA LUMPUR - Pinjaman kewangan daripada Jepun dapat mengurangkan kos hutang yang ditanggung kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pinjaman itu dapat mengurangkan high cost of money kerana kadar faedah hutang yang diambil kerajaan dahulu terlalu tinggi iaitu enam peratus.

"Goldman Sach pula diberi komisen 10 peratus daripada jumlah hutang. Ini bermakna kerajaan dahulu hanya mendapat 90 peratus daripada wang yang dihutang tetapi bayar faedah 100 peratus.

"Mata wang Jepun iaitu yen lebih murah daripada ringgit iaitu yen bernilai AS$ satu sen manakala RM1 bernilai AS$25 sen. Namun nilai yen yang rendah tidak bermakna hutang lebih murah.

"Kita akan pinjam yen sebanyak nilai AS$ atau RM yang kita hutang dahulu. Yen akan ditukar kepada AS$ untuk bayar hutang dalam mata wang AS$ atau ringgit," katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Katanya,membayar semula hutang yen berfaedah rendah bermakna negara tidak lagi dibebankan dengan faedah tinggi lebih daripada enam peratus hutang asal.

"Kita masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Itu sebab kita cuba dapatkan pinjaman yen daripada Jepun," katanya.


MR : berbeliti-belit akhirnya tak ada beza dia dengan Najib seorang 'sembah' Arab seorang "sembah" Jepun....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Masih adakah bank yang nak beri pinjaman kepada entiti yang dah bankrap macam Niagarakuku?

    Apapun sejak dulu lagi (WWII), otak tentera imperial ini meme tidak sentral dan senget-benget.

    Dulu nak dijajahnya SEA secara fizikal, lar nih nak dijajah secara ekonomi. Boleh baca.

    BalasPadam

  2. Jepun ini dah jadi ally Amerika sejak kalah perang dunia kedua. Amerika menjanjikan pelbagai pakej rangsangan ekonomi dan pembangunan bagi Jepun sebagai pampasan pegeboman dahsyat Nagasaki dan Hiroshima.
    Syaratnya Jepun kena "demilitarised" dan hapuskan kuasa Raja Nippon.

    Adapun militarilisation of Japan wujud kembali untuk mengekang pengaruh China di rantau Asia.

    China memang daripada dahulu berdendam dengan Jepun atas Peristiwa "The Rape of Nanking" yang menyaksikan pembantaian dan perogolan beratus-ratus ribu penduduk Nanking oleh askar Jepun.
    Tanpa belas kasihan, tanpa perikemanusiaan. Suatu kekejaman yang amat menggerunkan dunia.

    Dari segi sejarah dan tradisinya Malaysia adalah ally Amerika dan Britain. Jalur Gemilang itu jalur Amerika. Warna Biru putih Merah itu warna Britain. Yang ada warna kuning adalah kerana Britain mengiktiraf kedudukan dan kesultanan Melayu.

    Najib memang salah langkah apabila memimpin Malaysia untuk berkecenderungan terhadap China. Sudah tentu ally Malaysia yakni Amerika dan Britain tidak akan selesa dengan hubungan ini.

    WallahuAlam. Allah knows best.


    BalasPadam
  3. Jepun hutang lagi banyak dari Malaysia...Berhutang dgn org yang lebih banyak hutang....

    BalasPadam
  4. Hutang lagi.. Kena buat tabung harapan 2.0 plk la.. Pakar ekonomi kt msia ni semuanya reti buat hutang saja ka? Gali lubang tutup lubang..

    BalasPadam