Header Ads

ads header

Umno perlu kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk DAP, kata Annuar


KUALA LUMPUR: Sebagai parti politik Umno tidak seharusnya terlalu fanatik dan ‘rigid’ sehingga menghalang parti itu bekerjasama dengan parti lain, termasuk DAP, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Tan Sri Annuar Musa.

Calon timbalan presiden Umno itu berkata kerjasama dengan mana-mana parti boleh dilakukan, tetapi ia mestilah mempunyai titik pertemuan atau persamaan dengan Umno.

“Kita mesti lihat ke hadapan, mungkin kerjasama dengan DAP. Dengan PAS pun mungkin tidak boleh kerjasama kalau tidak ada titik persamaan.

“Kita boleh ‘bertaawun’ (bekerjasama) kalau ada titik persamaan. Ini Umno perlu tanya diri dia, PAS kena tanya diri dia dan DAP kena tanya diri dia,” katanya kepada FMT ketika ditemui di kediamannya di Bukit Damansara baru-baru ini.

Annuar yang merupakan ahli Parlimen Ketereh berkata Umno mesti terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menyokong dasar dan bersetuju dengan perjuangkan parti itu.

Beliau berkata jika sebelum ini Umno boleh bekerjasama dengan 13 parti politik dalam Barisan Nasional (BN) yang berasaskan pelbagai kaum dan agama selama 56 tahun, maka kenapa pula Umno tidak boleh bekerjasama dengan parti lain.

“Soal kerjasama bukan sebab partinya, tetapi soal dasar dan apa yang diperjuangkan,” katanya.

Umno kerjasama dengan PKR, PPBM

Annuar berkata beliau mahu Umno mencari jalan kerjasama dengan PKR dan PPBM kerana 2 parti itu mempunyai banyak persamaan dengan Umno.

Beliau berkata PKR dan PPBBM mempunyai banyak titik persamaan dengan Umno yang memperjuangkan dan membela kedaulatan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan menegakkan serta meninggikan syiar Islam.

“Kalau PKR dan PPBM boleh tegakkan perkara ini, sebagai parti pembangkang Umno sedia bekerjasama dan menolong. Begitu juga DAP, (jika parti itu) isytihar setuju semua yang Umno perjuangkan,” katanya.

Umno sedia bantu Dr Mahathir dalam agenda Melayu, Islam

Annuar berkata Umno juga bersedia membantu Tun Dr Mahathir Mohamad jika perdana menteri ke-7 itu menghadapi masalah dalam melaksanakan agenda Melayu dan Islam.

Katanya, bagi kepentingan orang Melayu dan Islam Umno tidak boleh fanatik mahu menjaga parti dari segi kumpulan dan puak.

“Kalau Dr Mahathir kata nak bincang kita tentang masalah nak jalankan agenda orang Melayu dan umat Islam, Umno wajib membantu Dr Mahathir dan PPBM. Kita tak boleh terlalu berpuak seolah-olah tidak ada titik kerjasama,” katannya.

Perlu mendapat persetujuan ahli

Bagaimanapun kata Annuar semua pandangan itu perlulah melalui proses mendapatkan keyakinan ahli Umno dan persetujuan mereka.

Katanya, sekiranya ahli tidak oleh menerima pandangan itu, maka ia tetap tidak boleh dilaksanakan, malah mungkin ditolak parti.

“Sejarah Datuk Onn Jaafar gagal mendapat sokongan akar umbi setelah keluar Umno pada 1951 boleh dijadikan panduan dalam hal tersebut,” katanya.


MR : Biar betul!!? bertaawun dengan DAP. Sebelum ini, apa UMNO tak kata kepada DAP. Ini mesti nak ikut jejak Mahathir, dulu apa Mahathir tak kata kepada DAP ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Sudah duga lebih pentingkan survival politik berbanding islam.. Rasanya dalam 10 - 20 tahun lagi muslim di malaysia lebih ramai liberal tak mustahil berlaku. Tak mustahil juga cucu cicit kita semakin ramai yang jahil ilmu agama kerana jauhnya tali hubungan dengan ulamak..

    BalasPadam
  2. Jgn lupa pas pon prnh brsama dap. Wktu tu pkatan harapan mnyokong lgbt bersama2 bersih. 2x5 je dan pas tidak berkata apa2 wktu itu, msih brsama dap. Nm pon politik. Semua blh brlaku. Kesian pd org islam. Trpksa terhegeh2 sgn tuntutan org kafir demi survival politik. Btw ambo neutral sbb ambo nmpk semua prti dlm msia suka u-turn semata2 kepentingan parti. Yg ssh rkyt jg.

    BalasPadam
  3. so...itu kata annuar musa bukan kami ahli Umno akar umbi..nama nak bekerjasama dgn Dap..rasa...tak mungkin dan tak akan sama sekali...klau Parti cinta malaysia kapten huang ok lah kot...so harap pengundi Umno pilih yng betul2 ok

    BalasPadam
  4. Berbeza dengan PKR, Parti Islam telah membatalkan kerjasama dengan DAP setelah DAP telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Rasulullah S.A.W. juga telah membatalkan kerjasama dengan puak Yahudi di Madinah setelah mereka memusuhi agama Islam dan umat Islam.

    Malangnya DUMNO pula sanggup bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Islam kerana kepala bapak sekular masih wujud dalam DUMNO.

    Wahai umat Islam, marilah kita menyokong dan mengundi parti Islam PAS yang berpegang teguh pada ajaran Islam dan gigih memperjuangkan perjuangan Islam dan membela hak umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knapa tak kluar dr dap wktu pakatan rakyat menyokong lgbt wktu perhimpunan bersih dulu? Bukankah islam melarang lgbt? Pas yg ada lbih ambo hormati dr wktu brsama dgn dap tp utk mengata buruk ttg umno yg belum bersama dap adalah tidak kena walhal rekod pas bersama dap sudah ada dlm sejarah.

      Padam
    2. Jgn la kt hina org umno..diorg pun sesama bangsa melayu & islam..kt ckp elok2 la kat org umno..biarla diorg nk sokong umno ka pas ka jgn paksa..yg penting melayu & islam perlu bersatu..bila melayu bpecah DAP gak untung

      Padam
    3. Bukankah pemimpin UMNO sendiri yang berkata UMNO boleh berkerjasama dengan DAP?

      Nampaknya penyokong dan ahli UMNO pun buat u-turn juga.

      Padam
    4. Malulah jika demi survival umno, pemimpin umno sanggup berkerjasama dengan DAP. Bukankah ini bererti UMNO menjilat ludah sendiri?

      Padam
  5. Ini statement plg bodoh..kerjasama ngn dap makin jhnm la umno..lbh baik utamakn melayu & islam

    BalasPadam
  6. Dia cuma kata akan bekerjasama kalau ada titik persamaan... Yang menjurus kepada kebaikan terhadap melayu dan islam... Tiada masalah rasanya... Lain la kalau bekerjasama untuk perkara yang lagho atau benda yang merosakkan... Kalau ikutkan... DAP tu nak ke sokong melayu islam? Jadi tiada titik persamaan erti tiada kerjasama... Rasanya tu statement simple dan mudah difahami.. .

    BalasPadam