Header Ads

ads header

Flash News

Umno lebih rela bersama DAP, PKR daripada PAS kata Nazri


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Umno lebih rela bekerjasama dengan DAP dan PKR daripada PAS.

Wakil rakyat Padang Rengas tidak percaya parti berasaskan agama mempunyai masa depan dalam lanskap politik dan tidak bersetuju dengan parti itu.

Bekas menteri pelancongan itu menepis cakap-cakap parti Melayu itu sedia bekerjasama dengan PAS, dilihat rapat sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir kami akan bekerjasama, kerana kedua-dua akan bertanding di kerusi yang sama,” katanya.

“Saya pastinya bukan pendukung idea perjuangan Islam. Saya tidak dapat menerima politik berasaskan agama, malah saya menentang keras.”

Tambahnya, Malaysia sebagai negara majmuk tidak dapat sejalan dengan politik keagamaan yang dibawa PAS.

“Saya lebih rela bekerjasama dengan DAP dan Keadilan (PKR) kerana saya sendiri bukan pendukung ideologi perjuangan Islam,” katanya.

Dalam pilihan raya lalu, PAS menang 18 kerusi parlimen dan Umno pula menguasai 54 kerusi. Buat pertama kali Umno berada di blok pembangkang.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

23 ulasan:

  1. Dah nazak tapi masih angkuh...

    BalasPadam
  2. Banggangnya natang beruk matyeh...

    BalasPadam
  3. Jenama lain barangan sama. Betulah apa yg dizahirkan bekas menteri ni.

    BalasPadam
  4. Jenama lain barangan sama. Betulah apa yg dizahirkan bekas menteri ni.

    BalasPadam
  5. Domoi dah cecah bumi pun masih nak berlagak...yelah betullah duduk dalam Pas tak boleh buat korupsi dan maksiat....jika mentaliti begini biarkan saja luncai terjun dengan labu-labunya

    BalasPadam
  6. berat 66 ngoh sorg ning..ingat ye idup selama2nya..dok takut langsung mati..guana la kat padang mahsyar ekgi..puok2 mollok kosong doh..cari dedok lah tu..dedak TDM..hahaha

    BalasPadam
  7. kalau dah hati mati tak tahu mana baik mana buruk

    BalasPadam
  8. Ini salah sorng pemimpin umno yg berjiwa sekular liberal...msh ramai yg berjiwa islamist n nasionalis dlm umno...moga2 dlm pemilihan umno ni tersingkirnya golongan ini...

    BalasPadam
  9. Dap adalah parti paling dominan dalam PH. Meskipun PKR telah ambil alih kedudukan Dap namun itu adalah untuk sementara sahaja.

    Sementara kerana pertukaran kerusi dominan antara PKR dan Dap adalah kerana faktor ad hoc yang bersifat sementara iaitu faktor 1 MDB.

    Bila faktor ini (1MDB) berkubur, kedudukan akan kembali ke asal, Dap akan dapat kerusi paling besar dan dominan.

    Justeru, adalah hidung tak mancung pipi tersorong2 kalau membayangkan yang Dap akan bentangkan karpet merah buat pihak luar yang jumlah kerusinya mencabar status kuo.

    Dan tentunya Dap tidaklah selembam itu mengambil risiko melepaskan 'kaki Anjang yang tersepit'.

    Muahahaha

    BalasPadam
  10. Inilah contoh melayu tiada roh Islam didalam hati. Pergi lar Nazri jika mu rasa muka mu masih laku dengan puak PH tuuu. Kau xnak bersama PAS, PAS pun Tak ingin Melayu yg hati berpenyakit macam kamu. Penyakit terlampau mencintai dunia hingga tidak kenal saudara seagama sangat sukar diubati...kesian dia.

    BalasPadam
  11. Kita tidak menyokong dumno sebab sebilangan pemimpin dumno terdiri dari kepala bapak sekular liberal yang sanggup menjual agama dan kaum melayu untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.

    Maka kita tidak terkejut jika mereka mahu bersekongkol dengan parti kafir harbi roket yang telah menghina Islam dan umat Islam dan menolak parti Islam.

    Lihatlah cara hidup pemimpin-pemimpin dumno dan keluarga mereka mengalahkan orang putih. Maka tidak hairanlah mereka menentang ajaran Islam dan menjadikan Islam menjadi makeup sahaja untuk memperdayakan kaum Melayu.

    Pemimpin-pemimpin dumno mendabik dada kononnya merekalah yang membela kaum Melayu tetapi pada masa yang sama mereka berkasih sayang dengan towkay-towkay bangsa asing yang menjadi kaya dengan mengampu dumno sedangkan kaum Melayu masih hidup miskin hanya mampu menelan slogan-slogan kosong dumno tetapi perut lapar.

    Malangnya apabila tiba PRU14, kaum kerabat towkay-towkay keparat mengundi pakatan maka kalahkan dumno. Menangis air mata darah pun tiada gunanya. Nasi dah jadi bubur. Siapa bodoh dan siapa cerdik?

    Maka tidak hairanlah Jo Low Life berjaya kencing pemimpin-pemimpin dumno menyebabkan dumno kalah dalam PRU kerana skandal kewangan terbesar. Mungkin Jo Low Life adalah agen Zionis dan roket untuk menumbangkan Be End.

    Elok juga dumno kalah supaya kepala bapak sekular liberal sedar diri dan insaf !

    Rejim pakatan pula lebih buruk dari dumno. Semua janji pakatan telah dibuang ke Lautan Pasifik dengan pelbagai alasan kartun. Barua, penyokong dan pengundi pakatan hanya mampu telan kahak sahaja. Kasihan !
    Dan sekarang puak kafir harbi dan puak munafik sekular liberal telah naik tocang berani menghina dan menindas agama Islam dan umat Islam. Maklumlah rejim pakatan dikuasai oleh puak kafir yang merupakan puak majoriti dalam rejim pakatan dan pemimpin Melayu jadi yes-man sahaja.

    Kita umat Islam tetap akan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

    BalasPadam
  12. Kalau mahu UMNO diterima semula oleh rakyat, pemimpin2 sekular dalam UMNO perlu dibuang segera.

    BalasPadam
  13. Ketika undi Melayu terbahagi kepada 3 penjuru secara hampir sama rata, Umno dapat kerusi terbanyak diikuti PKR, Dap, Pas, PPBM dan Pan.

    Kemana undi Cina akan pergi, sudah boleh diramal tapi arah pergerakan undi Melayu adalah tidak menentu.

    Kalau dulu Sarawak adalah fix deposit, sekarang ini undi bukan Melayu adalah fix deposit.

    Undi Melayu bukan disimpan dalam fix deposit tapi disimpan saving account atau current account.

    Dengan account sebegitu, undi Melayu akan senang keluar dan masuk akaun bergantung pada penyimpannya.

    Kini, kawasan yang boleh ditandingi bawah panji PH sudah tepu dan berpunya, tiada lagi kekosongan buat orang baru.

    Boleh saja tunjuk muka kesian tidak ada gunanya kerana semua itu sudah dipahat atas batu.

    Orang baru boleh masuk PH kalau sanggup berdiri, nak duduk boleh tapi atas lantai saja(kerusi sudah habis).

    Lu Fikirlah Sendiri

    BalasPadam
  14. bangsat ni bagus kalu di jodoh kan dgn siti kasim

    BalasPadam
    Balasan
    1. City pun ada taste buds jugak. Bagi free pun rasa2nya City humban ke laut ja. Hahaha

      Padam
  15. walau saya penyokong Umno sejak dulu..saya tak suka Nazri ni...so...orang Pas jgn ingat semua kata2 Nazri tu adalah pendirian Umno...tak...kami Umno suka pemimpin yng berkaliber dan berlatar belakang kan agama...Datuk Asraf Wajidi...Walau berlatar belakangkan agama tp..bila bicara bila diberi tugas...amat sesuai dgn zaman serba mencabar ni..Umno selalu pentingkan Islam...Institusi raja2 dan orang Melayu ...so demi pemilihan Umno ni.. pilihlah mereka yng ada kelayakan agama...agar Umno tetap gah di Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah tuan..sy setuju dgn kenyataan tuan..sy pendokong PAS & bersetuju utk kt bersatu demi Islam & melayu..ini hanya akan terjadi apabila umno betul2 ubah kpd Islam

      Padam
  16. Masuk je DAP... JGN NK MALU LE.

    BalasPadam
  17. Pertentangan dua kem dlm Umno -- islamik dan sekuler -- akan menentukan masa depan Umno. Kalau kem sekuler dlm Umno menang, akan semakin malanglah nasib org melayu islam di mesia. Tapi kalau kem islam menang, kita tunggu mereka join kem sejahtera Pas. Pas tak payah terhegeh2 nak join kem Umno, biar Umno yg dtg pd Pas. Kita boleh tunggu berapa lama pun, takde hal punya, lebih2 lagi populasi melayu islam semakin meningkat peratusnya di mesia berbanding kaum lain dlm 30-50 tahun yg akan dtg.

    BalasPadam
  18. Apakah jenis manusia yang berkata “Saya pastinya bukan pendukung idea perjuangan Islam. Saya tidak dapat menerima politik berasaskan agama, malah saya menentang keras” ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jenis mangkuk hayun yg ingat yg mati tu org lain..bukan dia aje yg berani kata mcm tu..tak pun org gila..org gila kan mana ada dosa..hehehe

      Padam
  19. Mamat ni betul betul toxix...

    BalasPadam
  20. pergi peluk cium mahatir

    BalasPadam