Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin PKR selar DAP terima derma dari budak sekolah


Seorang pelajar sekolah rendah mengetepikan sementara impiannya untuk memiliki satu set dram, sebaliknya menggunakan wang yang disimpan selama beberapa bulan untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Ervin Devadasan, 12, menyerahkan wang itu kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, pada satu sidang media di pusat khidmat Anggota Parlimen Segambut, Hannah Teoh, hari ini.

"Saya ingin mendermakan simpanan saya kepada Tabung Harapan Malaysia sebab selepas PRU14, saya dapat tahu Malaysia perlukan wang.

"Wang ini saya simpan selama enam hingga lapan bulan," katanya.

Bagaimanapun langkah pelajar tahun enam tersebut tidak disenangi seorang anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR dan menganggapnya sebagai tindakan murahan.

Menerusi Twitter Latheefa Koya berkata: "Tabung Harapan (Malaysia) ialah dana bersifat politik.

Jadi membawa seseorang berusia 12 tahun untuk menyerahkan simpanannya adalah mengarut dan agak murahan."

Pada ciapan itu Latheefa turut menggunakan tanda pagar #startgoverning (mula mentadbir) dan #enoughofgimmicks (cukup-cukuplah gimik).

Tak perlu ditunjuk-tunjuk

Dihubungi Malaysiakini kemudian, Latheefa menjelaskan, memang Devadasan berhak menunaikan kehendak patriotismenya. Namun pada masa sama, kata Latheefa, wang berkenaan tidak wajar diterima.

"Kamu membuat semua benda (kelihatan) boleh dieksploitasi. Ia agak bersifat eksploitasi," katanya.
Menurut peguam itu tidak disangsikan kanak-kanak terbabit menunjukkan sifat patriotik tetapi pihak yang satu lagi sepatutnya menolak derma berkenaan sambil tidak lupa memberikan penghargaan.
Pada masa sama katanya ia tidak wajar ditunjuk-tunjuk kepada umum.

Malah kata Latheefa kanak-kanak tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.

"Ia adalah satu pertunjukan dan dibuat atas nama apa? Patriotisme? Dan sidang media itu, kamu tahulah," katanya.




Latheefa juga mengingatkan pemimpih Pakatan Harapan bahawa mereka kini bukan lagi pembangkang.

"Kita patut tunjukkan bagaimaa kita boleh mentadbir. Cukup-cukuplah dengan aksi pegun, jangan buat gimik lagi, sebaliknya cuma buat kerja.

"Semua benda ni - bagaimana ia boleh membantu anda mentadbir? Ia tidak menambah apa-apa. Apa yang ingin dikatakan ialah, kanak-kanak pun suka kita. Kita tak perlukan aksi semacam itu.

"Mereka harus menumpukan pada hal itu (mentadbir) dan tidak melakukan benda-benda begini.

"Saya tak kata mereka belum mula mentadbir... tetapi semua aksi ini mengganggu fokus dan kesungguhan.

"Anda membuat diri anda kelihatan seperti selama-lamanya kita dalam semangat pilihan raya," katanya.

Terdahulu Yeoh menjelaskan derma yang disumbangkan oleh Devadasan adalah antara "keindahan Malaysia" selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

"Semua golongan - muda dan tua - mahu memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik," katanya.

Tabung Harapan Malaysia setakat jam 3 petang semalam sudah mengumpul dana berjumlah RM88.36 juta, berbanding RM75.1 juta kelmarin.


MR : Ni kira percikan bunga api peperangan dalam PH....
 

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. semalam org pkr gak tegog mof... ni aku hangat dgn pkr ni... dah laa manipestomato tak settle laieee ..

    BalasPadam
  2. Padan muka dap...pkr pn dh malu buat gang.

    BalasPadam
  3. hehehe...Dap ni..Cina suka mkn babi..so bila mereka buat pakai sondol jer...PKR pun dah bersuara...nampak mcm tak sehaluan jer...maklumlah atok platinum kan dah nyanyuk..kejap kata ada bukti nak dakwa DS Najib..kejap kata...banyak lagi nak cari bukti..nasiblah...PH..puak yng pangkah PH..hadam lah yer..kami educated ni..tgah seronok ni...Kera jaan PH dah..mcm lawak badut sarkas...

    BalasPadam
  4. Isu patriotisme kanak2 di bangkang, isu agama kanak2 tak layak tentukan agama sendiri, tidak pulak dibangkang. Ini saja menunjukkan PKR melihat kepentingan politik mengatasi yang lain2. Yakni PKR dan Dap 2x5 jua.

    Wakakaka

    BalasPadam
  5. biar lah dia berbalah..kita aaaminn aje lah..mat tahir pun mungkin dah tak lama dah..anwar pun menganti..azmin apa citer..dia pun ada team juga. dap pun ada kepten.amanah ada kepten.ppbm ada kapten..kita tengok aje lah kapal tu nak hala kemana..mungkin terus ke dasar laut..sapa tau

    BalasPadam