Header Ads

ads header

Minta Maaf Sebab Curi Papan Tanda 75 Tahun Lepas


INSAF… Tidak ingin terus dibelenggu rasa bersalah, seorang lelaki berusia 90 tahun sanggup memohon maaf atas kesilapan yang pernah beliau lakukan ketika masih remaja lagi.

Pihak berkuasa bandar Midvale di Utah, Amerika Syarikat (AS) menerima satu surat permohonan maaf dan sekeping wang kertas AS$50 (kira-kira RM200) daripada seseorang warga emas yang tidak dedah namanya.

Menurut pengirim, dia pernah curi papan tanda Stop (Berhenti) semasa zaman remajanya. Dalam suratnya, dia menulis bahawa kejadian berlaku “bertahun-tahun dahulu dan ketika masih belum matang”.

Pihak berkuasa tempatan kemudian memuat naik gambar surat kiriman lelaki misteri tersebut menerusi laman sosial Twitter, lapor stesen tempatan Fox News.

“Umur saya kini hampir 90 tahun, saya sedih tentang perkara yang saya lakukan ketika masih muda. Saya ingin diampuni Tuhan. Saya benar-benar minta maaf dan menyesali perbuatan saya,” kata pengirim..

Surat tersebut dikirimkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya Midvale di Texas. Pada akhir surat berkenaan, dia hanya menamakan dirinya sebagai “rakyat yang sangat menyesal”.

Menurut Fox News lagi, warga emas itu menyesali semua perbuatan salah yang dilakukan sepanjang hayatnya. Datuk Bandar Midvale, Robert Hale menjangkakan pencurian itu berlaku hampir 75 tahun dahulu.

“Beliau tidak hanya membayar AS$50 atas kesalahannya, tetapi juga perasaan bersalah yang membebannya selama 75 tahun,” kata pemimpin tempatan tersebut.

Para pegawai ingin ucap terima kasih kepada si pengirim tetapi mereka tidak ada alamatnya. Mereka berharap lelaki itu boleh memaafkan dirinya dan meneruskan kehidupan dengan tenang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


MR : Agaknya bila Mahathir dan anak-beranak nak minta maaf kerana mencuri harta rakyat semasa 22 tahun memerintah dahulu? Umur pun dah lebih 90 tahun....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Meskipun tidak tahu apa yang dimaafkan namun 30% Melayu Baru sudah pun memaafkan Mo1 Baru.

    BalasPadam