Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu
Kira-kira 15,000 orang hadir ke rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Orang ramai mengambil masa lebih satu jam untuk bersalaman dengan Ahmad Samsuri dan Isteri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman sebelum menikmati pelbagai juadah disediakan.

Walaupun terpaksa berdiri dan beratur di tengah panas terik, ia tidak menghalang rakyat termasuk mereka yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Tiada riak keletihan pada pada wajah Ahmad Samsuri dan isteri yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.
Lebih 200 jenis juadah termasuk laksam, sate, nasi dagang, nasi minyak,keropok goreng segera dan pelbagai kuih muih disediakan untuk pengunjung.
Malah, rumah terbuka pemimpin terbabit bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat malah anak perantau dan penduduk luar Terengganu. - Teganukite
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
![]() | Whatsapp MR |
![]() | Telegram MR |
![]() | Facebook MR |
# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger
Dokleh lawan pm4/7....
BalasPadamDia bsrsalam ngan 55000 org bersamaan 15.3 jam mengambil kira satu saat setiap seorang (berdasarkan pengiraan yg di didapati drp artikel awal hari ni dan nampaknya sgt tepat dan masuk akal)
Kehkehkeh
Pm4/7 kalau boleh tak mahu mengalah dan tak mahu mengaku salah walaupun dia masih tak menyedari bhw ni zaman alaf baru dimana social media adalah the king dan bukannya zaman dia yg bleh memperbodohkan rakyat terbanyak
Putrajaya tidak ada 'Darul Itu' atau 'Darul Ini' yakni secara dasarnya menolak teokrasi. Maka kalau dianjurkan rumah terbuka ia bertentangan dengan dasar.
BalasPadam1x rumah terbuka, berjuta2 hangus dan kalau 4x per tahun, puluhan juta hangus. Bayangkan berapa ratus juta yang hangus dalam 22 tahun!
Terengganu (Darul Iman) dan Kelantan (Darul Naim) ada dasar2 teokrasi. Maka kalau dianjurkan rumah terbuka ianya bersesuaian dengan dasar.
Dalam suasana terhimpit, Putrajaya harus berhemah dalam perbelanjaan. Perbelanjaan yang tidak selari dengan dasar harus di noktahkan.
Of course populariti diutamakan. Namun kalau nak raih populariti, rabalah poket sendiri dan poket2 kroni.