Header Ads

ads header

Flash News

KUIZM buka pengambilan Sesi Ogos 2018


GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar akan mengadakan pengambilan pelajar bagi pengajian sesi Ogos 2018.

Peluang tersebut terbuka kepada seluruh pelajar lepasan SPM, SMA, SMU, 4 Thanawi, lepasan tahfiz dan pondok untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu juga turut menawarkan Kursus Persediaan Ke IPT Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi sesiapa yang berminat.

KUIZM merupakan IPTS milik PAS yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dengan menawarkan pengajian Islam peringkat diploma dan persijilan.

Kini KUIZM diketuai dan diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi Marsuki serta didukung oleh ramai tenaga pengajar berpengalaman.

Antara program pengajian yang ditawarkan KUIZM adalah Diploma Muamalat dan Kewangan Islam, Diploma Dakwah dan Komunikasi serta kursus-kursus bahasa.

Pelajar-pelajar yang berminat boleh memohon secara atas talian atau mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pendaftar KUIZM yang dibuka setiap hari bekerja.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 'hotline' KUIZM di nombor 010-3565616 di mana tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Julai 2018.

ABDUL QAYYUM
http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/7074-kuizm-buka-pengambilan-sesi-ogos-2018


MR : Tulisdisini ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan