Header Ads

ads header

Flash News

SST 10% Lebih Baik Dari GST 6%?


Bila Menteri Kewangan menyatakan SST 10% akan menggantikan GST 6%, kita boleh duga lebih awal apa yang akan menjadi "gembiraan" penyokong-penyokong PH tanpa mengetahui apa sebenarnya yang termaktud.

Penyokong PH berkata "Walaupun SST 10%, tapi dikenakan di peringkat pengilang saja la, cuma pengilang kena bayar!!!"
Mereka berkata lagi "Bukan kejam macam GST semua golongan rakyat miskin, fakir, oku, warga emas, ibu tunggal kena bayar!!!"
PH menyarankan SST 10% hanya dikenakan di peringkat pengilang, sedangkan GST 6% sebelum ini dikenakan di semua peringkat perniagaan.



Perhatikan visual di di atas;1. Walaupun SST 10% hanya dikenakan di peringkat pengilang, HARGA JUALAN kepada pengguna akan menjadi LEBIH MAHAL [RM15.00] berbanding kutipan 6% GST di setiap peringkat perniagaan [RM14.85]. Ini kerana SST dikira terus berdasarkan harga produk sedangkan GST hanya dikira berdasarkan margin keuntungan [VALUE ADDED] yang diambil dalam setiap peringkat perniagaan.

Jadi sifir GST 6% + 6% + 6% = 18% hanyalah bahasa orang yang tidak betul-betul faham dengan sistem percukaian ini.

2. Jumlah kutipan cukai oleh kerajaan lebih besar untuk SST [RM1.00] berbanding GST [RM0.84]. Dari satu sudut ianya bagus untuk meningkatkan pendapatan kerajaan, dari sudut lainnya ia lebih membebankan pengguna kerana terpaksa membayar cukai yang lebih mahal.

Kenapa SST terpaksa meletakkan kadar cukai yang lebih tinggi?? Kerana dalam sistem SST kerajaan terpaksa mengambil kemungkinan risiko penipuan cukai seperti yang berlaku di zaman sebelum GST dilaksanakan 2015. Ini kerana SST tidak tercatat dalam resit transaksi dan agar sukar untuk dikesan secara sistematik oleh pihak Kastam.

Hakikatnya, SST sama seperti GST semua golongan rakyat miskin, fakir, oku, warga emas, ibu tunggal yang menjadi PENGGUNA AKHIR yang harus membayarnya. Cuma bezanya GST tertulis di resit pembelian bagi memudahkan sistem kutipan, SST pula diserap terus ke dalam harga barangan yang membawa risiko lebih besar kepada penipuan cukai seperti sebelum GST dilaksanakan dulu.

Penghapusan GST akan merencatkan pendapatan negara sebanyak berpuluh-puluh bilion setahun dan kini kita harus semak & teliti rizab BNM, Petronas, KWSP dll jangan sampai tergadai demi memenuhi Manifesto 100 hari mereka.

- RioRashid 
 #AriseMalaysia


MR : PAS menolak SST dan GST dalam manifestonya dan cuba menegahkan zakat dan cukai koperat. Tapi malang orang Islam sendiri buta bagaimana Allah menwajibkan zakat demi menjaga kesimbangan kaya dan miskin. Solat, berada dalam gerakan Islam (AMANAH) tapi malangnya kurang faham tentang ekonomi Islam.
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

8 ulasan:

  1. kita telah diberi pilihan untuk memilih yg terbaik . jgn salahkan PH mansuh GST ganti SST dalam manifestonya. KERANA KITA TIDAK bijak berpolitik DIPENGARUHI EMOSI SEMASA membuat pilihan. terbukti ISLAM telah memerintah 2/3 dunia

    BalasPadam
  2. Diakui oleh pakat ekonomi iaitu SST bukanlah sistem yang cekap. Banyak ruang untuk ketirisan.

    Namun kerana tidak mahu pada resit jualan peruncitan tercatat GST 6 %, sistem yang tidak cekap juga yang dipungut.

    No wonder kabinet dapur juga dipenuhi oleh peralatan yang di sangsikan kecekapannya.

    Muah muah muah.

    BalasPadam
  3. Tak penting pun nama apa yg ko letak asalkan rakyat tidak kembali berasa susah dgn harga brg yg mahal sudah lah. Klu rakyat mula terasa sama saja atau semakin susah, siaplah pakatan.

    BalasPadam
  4. SST hanya 1 tingkat cukai...walaupun 10 peratus tapi pengguna tidak nampak dan berbanding GST yang bertingkat tingkat cukai yang bergerak dengan perubahan harga kerana pengambilan untung dan kos serta harga barangan semakin bertambah di satu peringkat ke satu peringkat.Akhirnya rakyat menanggung cukai GST lebih dari 6 peratus..malah boleh mencapai lebih 20 peratus kerana kenaikan di setiap peringkat semuanya ditanggung pengguna. Malaysia tiada masaalah mengumpul hasil tapi kelemahan yang amat ketara dalam mengurus pendapatan yang banyak tapi membuat hutang melebihi 55 peratus kdnk

    BalasPadam
  5. Negara negara maju memang menggunakan sistem GST sebagai contoh U.K Singapore Australia tapi Malaysia Baru kita telah mundur pula kebelakang dengan mengambil semula sistem SST akibat berjanji manis sebelum pilihan raya.Dimasa yg sama nasih meletakkan GST 0%.Ha ha mainan depa supaya tk lama lagi GST boleh dinaikkan semula atas alasan hutang negara dh meninggkat 1 trilion.Tunggu dan lihat saja lah kita ni.

    BalasPadam
  6. Negara maju telus dalam membelanjakan GST dan diakui sistem percukaian ini lebih cekap tetapi sesetengahnya hanya GST terpilih dan cukai dipulangkan balik kepada rakyat . Tapi malangnya di negara kita banyak hasil negara dan hasil cukai tidak tahu hilang tiris ke mana...boros ..pembaziran..pemimpin hidup mewah...pembahagian kekayaan rakyat tidak menyeluruh

    BalasPadam
  7. Harga barang meningkat mahal bukanlah kerana semata mata faktor sst dan gst. Kedua duanya adalah cukai. Kedua duanya boleh dinaikkan beban atau dikurangkan beban hanya dengan mengubah faktor variable nya ie percentage cukai. Cuma gst lebih sistematik dan offcoz peniaga tak suka. Yg membuat harga barang mahal ialah faktor2 makro dalam struktur ekonomi keseluruhan ie gdp output, suppply n demand, inflation, interest, nilai matawang dlln. Ketirisan melampau juga merupakan salah satu faktor kerana boleh membawa kpd inflasi disebabkan non-productive money yg berlebihan dalam pasaran.

    Wbp untuk barang2 import dan barang second hand memang terdapat loophole dlm gst. Cth untuk satu finish goods yg telah complete cycle atau telah sampai ketangan akhir pengguna, adalah tidak wajar untuk dikenakan gst lagi apabila penjualan selepasnya berlaku kecuali hartanah. Cth kereta terpakai yang telah susut value logiknya tidak boleh dikenakan gst oleh kedai used car. Klu nak ikut logik pengguna akhir patutnya boleh claim gst untuk value REDUSED tax (opposite/against vat) semasa kenderaan dijual kpd used car sbb masa beli kenderaan baru tu logiknya pengguna dah bayar gst yg boleh di assume sbg input tax wpun dia pengguna. Oleh kerana telah berlaku depreciation maka bila di offsetkan input dan output nilainya akan negatif dan boleh diclaim oleh pengguna drpd kerajaan. Then baru wajar dan adil untuk used car selepas tu caj gst kepada pembeli baru. Sbb tu adalah pelik bila used car kenakan gst kepada kenderaan terpakai sebab dimana input taxnya? Gov sepatutnya dapat hanya cukai corporate sahaja dan bukan kedua duanya. Tapi bila ada annual sales treshold tu secara automatic lah hak pengguna telah terpinggir...Maaf celoteh panjang sbb dah tercerita bab gst kan..

    BalasPadam