Header Ads

ads header

Flash News

Senator Pembangkang jelaskan alasan tolak mansuh RUU antiberita palsu


Senator BN Khairul Azwan Harun berkata pembangkang menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan kerajaan kerana percaya undang-undang itu perlu diperbaiki dan bukannya dimansuhkan.

"Saya faham bahawa ramai tidak suka dengan undang-undang ini, tapi kita juga perlu sedar bahawa kita hidup di dalam dunia maklumat pantas," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Usul pemansuhan RUU itu ditolak hari ini melalui hasil undi belah bahagi Dewan Negara yang dikuasai oleh BN.

Seramai 28 ahli Dewan menolak pemansuhannya, manakala hanya 21 yang menyokong dan tiga lagi tidak mengundi.

Jelas Khairul, undang-undang berkenaan masih relevan kerana pilihan raya AS sekalipun boleh terjejas disebabkan berita palsu dan penyebaran maklumat palsu.

"Ancaman ini wujud dan saya bimbang landskap politik kita terlalu mentah untuk lebih terpolarisasi kerana berita palsu. Asas demokrasi, debat dan dialog, semuanya bergantung dengan fakta yang diterima ramai. Dan itu yang kita mahu lindungi.

"Kita tidak menolak untuk melambatkan kerja kerajaan, lagi pun, kita juga sebelum ini meluluskan SST.

"Undang-undang antiberita palsu seharusnya melindungi rakyat biasa terhadap kepentingan sama ada dalam dan luar negara yang mahu menjerumus masyarakat negara ini ke dalam konfrantasi berterusan yang tidak produktif," katanya.

Ketika dihubungi kemudian, Khairul berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menjadi mangsa "berita palsu", dengan merujuk penyebaran gambar berita palsu yang seakan-akan berita sebenar.

Mengulas perkara itu, peguam Syahredzan Johan dalam kenyataan di Twitter berkata penolakan pemansuhan RUU berkenaan adalah sengaja untuk malambatkan proses reformasi.

"Bukti bahawa pihak pembangkang akan melambat-lambatkan proses reformasi. Perjalanan untuk melaksanakan janji-janji Pakatan Harapan dalam manifesto tidak semudah lulus di Dewan Rakyat sahaja," katanya, yang juga merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang.

Bulan lalu, Dewan Negara meluluskan SST dan rang undang-undang perbekalan.

Ketika ini, beberapa pihak mempertikai ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rang undang-undang kewangan diluluskan tanpa persetujuan Dewan Negara.

Bagaimanapun, Artikel 68 menggariskan bahawa "rang undang-undang bukan kewangan" masih boleh diluluskan tanpa persetujuan Dewan Negara selepas setahun ia diluluskan Dewan rakyat pada kali pertama

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. GST kena humban, penggantinya GST 2.0. Buang masa dewan dan buang masa diskusi walhal diakhirnya masuk angin keluar asap... kuih pau pun kena tax 6% atas pengguna. Inilah yang dikatakan tak ada kerja cari kerja dah dapat kerja buat ikut rasa bukan ikut keperluan. Bingai a/l bangap pun tak sebengap itu. Muahahahahahaha!

    BalasPadam