Header Ads

ads header

Flash News

Najib perli MOF, tak tahu nak kira banding SST dengan GST


Pagi ini, Kementerian Kewangan memuat naik satu hantaran (posting) infografik di laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan harga barangan di bawah cukai SST dan cukai GST.

(Editor TTKM: Baca berita awal di sini: PROPAGANDA SST KANTOI, LAMAN FB MOF PADAM STATUS!)

Pengiraan untuk GST yang ada di dalam infografik ini ternyata salah kerana tidak mengambil kira input GST yang boleh dituntut balik oleh pengilang, pemborong dan peruncit. Jika mengikut pengiraan yang betul, harga jualan kepada pengguna di bawah cukai GST dengan menggunakan margin keuntungan yang sama sepatutnya RM152.64 dan bukan RM171.49.



Selepas menyedari kesalahan itu lantaran dikecam pengguna Facebook, Kementerian Kewangan memadamkan posting FB ini beberapa jam kemudian.

Integriti Kementerian Kewangan tentang hal cukai dan pengiraan amat penting dan kesalahan dalam pengiraan cukai begini tidak patut dilakukan. Bagaimana sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap cukai itu sendiri tidak tahu pengiraan yang betul?

Setahu saya, selama 9 tahun saya menjadi Menteri Kewangan, kita tidak pernah membuat posting dengan pengiraan yang amat ketara kesilapannya dan tidak penah memadam sebarang posting.

Infografik ini dibuat dan diterbitkan oleh BERNAMA dan saya dapati mereka masih menggunakan infografik ini sehingga tular.

Walaupun YB Tony Pua yang merupakan penasihat kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pernah berucap dengan begitu yakin di Parlimen bulan lalu bahawa SST akan mengurangkan harga barang (Hoh! Satu kenyataan yang paling berani) dan kerajaan PH bertegas mempertahankan cukai SST mereka, saluran rasmi kementerian dan informasi kerajaan tidak patut digunakan untuk menipu rakyat dengan pengiraan yang ternyatanya sangat salah.

Biar rakyat menilai dengan sendiri pada hari ini iaitu hari pertama cukai SST dilaksanakan jika harga barang telah turun ataupun SST hanya dibayar oleh pengilang sahaja.

(UPDATE TTKM: Nampaknya BERNAMA baru-baru sahaja telah memadamkan posting mereka juga.)


NAJIB RAZAK

MR : Sempat juga Najib engkau perli si Lim Guan Eng. Engkau berdua tu masih ada pembicaraan mahkamah silap-silap haribulan kamu berdua duduk sebelah menyebelah di penjara!....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Joseph ultra kiasu guan eng memang bodoh ekonomi,rainbow guan eng ni cuma pandai sembang keling ja.kononnya berjaya kurangkan hutang pulau pinang berbillion tu sampai tertipu orang2 melayu.orang cina?orang cina dari dulu lagi memang tak cerdik tambahan keluaran sjkc. penurunan kadar hutang negeri pulau pinang ekoran pengambilalihan sebanyak RM655.24 juta oleh Kerajaan Persekutuan ketika proses penstrukturan semula menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.ultra kiasu guan eng selalu tipu rakyat apabila menegaskan kadar hutang Pulau Pinang mencatatkan penurunan 80 peratus sejak ditadbir pakatan pembangkang pada 2008.pandai anak perkauman ni menipu!!!

    BalasPadam