Header Ads

ads header

Flash News

Hishamuddin Rais Dedah Sifat Buruk PKR


Hishamuddin Rais aktivis sosialis rebus tak lembut, bakar tak hangus, kepala sengit. Dia kawan baik Anwar sejak berjuang dalam demonstrasi di kampus MU lagi. Walaupun Anwar berpretensi Islamis, Hisham sosialis, namun masih ada semangat perjuangan sama untuk meruntuhkan kerajaan BN di masa lalu.

Kalau Anwar pernah jadi menteri kewangan merangkap TPM dan punya 20 master akaun berjumlah RM3,000 juta menurut akuan bersumpah Datuk Murad, bekas timbalan gabernor Bank Negara, Hisham tetap dengan dunia sosialisnya sampai sekarang.

Tulisan Hisham yg mendedahkan ketegangan konflik antara Wan Azizah dengan Tun M waktu hendak menubuhkan kerajaan PH memeranjatkan. Walaupun Anwar terkenal sebagai banduan homosek super tegar namun Wan Azizah tetap jadi istri mithali. Umum tahu Wan Azizah hanya proksi Anwar, jurubicara suaminya yg dua kali dijeblos dlm penjara kerana meliwat.

Bayangkan Wan Azizah mendesak Tun M mengadakan rundingan dengan Anwar yg merengkok dalam penjara untuk menubuhkan kabinet PH. Menurut tulisan Hishamuddin Rais Wan Azizah minta Tun M menangguhkan pembentukan kabinet selama dua minggu.

Alasannya mahu Anwar campur sama dalam urusan perlantikan menteri. Wan Azizah mahu Rafizi menjadi menteri kewangan walhal Rafizi tidak bertanding dan menghadapi beberapa kes di mahkamah. Alasan Wan Azizah minta pengampunan juga buat Rafizi sama seperti suaminya.

Bullshit. Nampak sangat Wan Azizah tidak ada pendirian tegas, dan hanya menjadi budak suruhan suaminya yg homosek super tegar untuk menghalalkan sesuatu yg haram atau yg tak masuk aqal demi muslihat politik suaminya. Hishamuddin memperlihatkan sikapnya yg tak sehaluan dengan Wan Azizah dan Anwar dalam tulisannya itu.

Perndedahan Hishamuddin, sahabat karib Anwar, menunjukkan watak oportunis, gila kuasa hendak menjadi PM, dan keangkuhan serta kesombongan Anwar sebagai pemimpin politik. Nampaknya Anwar merasai dirinya lebih hebat dari Tun M, dan mendabik dirinya sebagai tokoh yg membawa kemenangan kepada PH hingga dapat menumbangkan rejim super korup BN. Bullshit.

Dari tulisan Hishamuddin jelas kepada rakyat Anwar merupakan duri dalam daging PH. Egiosmenya terlalu besar walaupun dia hanya menjual koyok dengan ide-ide besar di angin kentut sejak dalam UMNO sampai sekarang. Banyak orang meramalkan kalau Anwar jadi PM kepimpinannya lebih buruk dan lebih korup dari Najib.

Sudah terbukti dia menjadi maharaja politik wang waktu menentang Ghafar Baba pada tahun 1993 untuk merebut jawatan timbalan presiden UMNO.

Syukurlah Hishamuddin Rais, sahabat akrib Anwar, mendedahkan watak oportunis dan egoistis Anwar yg sebenar.

Anwar berhak bermimpi dan meroyan jadi PM. Itu hak mutlaknya untuk bermimpi dan meroyan. Tetapi hendak jadi PM bersemayam di Putrajaya nahe, nahe.

Yahaya Ismail


MR : Ini episod tebuk kapal kerana berebut harta. Kita tunggu masa sahaja tenggelam. Lihat cara macam ini tak sampai PRU-15 sempat tenggelam dulu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Wah hishamudin rais dah jadi penjilat tegat madey. Banyak dapat dedak dari bendahara baru.

    BalasPadam