Header Ads

ads header

Flash News

Caj perkhidmatan 10% tinggi, Guan Eng merayu pengusaha restoran


GEORGE TOWN: Kementerian Kewangan hari ini meminta para pengendali restoran dan kedai makanan untuk mengurangkan caj perkhidmatan mereka agar tidak membebankan rakyat.

Menterinya Lim Guan Eng berkata kadar caj perkhidmatan di restoran dan kedai makanan sebanyak 10% adalah agak tinggi.

Katanya kerajaan sekarang sudah memberikan banyak kelonggaran kepada mereka dan diharapkan mereka akan dapat mengurangkan kadar caj perkhidmatan itu.

“Saya berharap para pengendali restoran dan kedai makanan dapar meneliti semula kutipan caj perkhidmatan mereka sebanyak 10% kerana saya berpendapat kadar itu agak tinggi dan membebankan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Pesta Tanglung di Bukit Bendera di sini semalam.

Lim berkata beliau faham akan kutipan caj perkhidmatan itu adalah bagi menampung bayaran gaji pekerja restoran dan kedai berkenaan tetapi kadar itu patut dikurangkan.

Katanya, kerajaan banyak memberi kelonggaran seperti menaikan nilai ambang ke RM1.5 juta ke atas kedai makanan dan minuman, pengecualian cukai terhadap penjualan rokok di bawah nilai ambang RM500,000 dan pengecualian cukai kepada penyewaan warung kecil di kedai makanan.

“Saya ingin membuat secara baik-baik dan memohon agar para pengendali restoran dan kedai makanan dan minuman akan meneliti semula caj perkhidmatan mereka demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih mengakui pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ada menyebabkan kenaikkan harga barang tetapi tidak naik setinggi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau yang mengulas berkata jumlah kutipan SST setahun ialah RM21 bilion, manakala jumlah kutipan GST sebanyak RM44 bilion jelas menunjukkan GST lebih membebankan rakyat.

“Impak sebenar pelaksanaan dan kebaikan SST berbanding GST akan diketahui setahun lagi,” katanya.

Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Lim akhirnya mengakui pelaksanaan SST menyebabkan kenaikkan harga barang.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Wayang opera biaDAP menipu rakyat lagi dengan membuat kenyataan konon kadar caj perkhidmatan di restoran dan kedai makanan sebanyak 10% adalah agak tinggi sedangkan KERAjaan pakatan syiah-liberal-kafir harbi berkuasa untuk menghapuskan atau menurunkan kadar caj perkhidmatan.

    Inilah permainan kenyit mata antara pemimpin wayang opera biaDAP dan peniaga-peniaga yang menjadi penyokong biaDAP. Wayang opera china katakan !

    BalasPadam
  2. Dia buat wayang dah... Konon nak tunjuk mulia la.. Sama jgk dgn wayang dia telefon bekas TPM time penang kena banjir dulu..

    BalasPadam

  3. Masa GST dulu orang yg berkumpulan membayar cukai lebih tinggi dari orang miskin.... Tak apa le memang mereka pun mampu. Tetapi di bawah SST orang kurang mampu pula membayar lebih banyak daripada orang yang mampu.
    .. ini gila babi mamanya

    Memang le SST tidak membeban kan rakyat atasan ... tetapi membebankan rakyat bawahan.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa GST dulu orang yg berkemampuan membayar cukai lebih tinggi dari orang miskin.... Tak apa le memang mereka pun mampu. Tetapi di bawah SST orang kurang mampu pula membayar lebih banyak daripada orang yang mampu.
      .. ini gila babi mamanya

      Memang le SST tidak membeban kan rakyat atasan ... tetapi membebankan rakyat bawahan

      Padam