Header Ads

ads header

Flash News

PRK Seri Setia: Tunggu 11 Ogos baru PAS putus


PAS mengambil maklum hasrat Umno memberinya laluan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia akan datang namun keputusan mengenainya hanya akan dibuat minggu depan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata segala ketetapan berhubung kesediaan parti itu untuk bertanding di PRK tersebut bergantung kepada keputusan pemimpin peringkat tertinggi yang akan bermesyuarat pasda 11 Ogos ini.

"Setakat yang saya dimaklumkan, PAS belum ada keputusan dan saya yakin apa yang disebut oleh Umno itu akan dibawa dalam mesyuarat PAS Pusat akan datang, iaitu 11 Ogos ini," katanya kepada Malaysiakini.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan BN akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding pada PRK DUN Seri Setia nanti.

Menurut Mohamad, ketetapan itu adalah sebagai tanda menghormati dan penghargaan terhadap pengorbanan PAS memberi laluan kepada Umno di Sungai Kandis.

Malah, Mohamad berkata BN dan Umno akan bekerja kuat pada PRK Seri Setia walaupun calon yang akan diturunkan bukannya calon parti mereka.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia semalam.

Kerjasama strategik saja

Pada pilihan raya umum ke-14, Shahruddin memenangi kerusi berkenan dengan majoriti besar iaitu 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, Mohd Ghazali Daud (PAS) yang mendapat 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran (217 undi).

PRK Seri Setia adalah yang ketiga di Selangor selepas Sungai Kandis dan Balakong yang masing-masing akan diadakan esok dan 8 Sept nanti.

Jika PAS akhirnya menurunkan calon di Seri Setia, ia tidak dapat tidak, akan mendedahkan parti itu kepada tanggapan bahawa mereka memang bekerjasama erat dengan Umno bagi menghadapi Pakatan Harapan.

Pada setiap masa - bagaimanapun - PAS bertegas mereka tidak menjalin kerjasama rasmi dengan Umno, sebaliknya hanya mengambil pendekatan strategik sebagai pembangkang.

Untuk rekod, sebelum PRU ke-14 lalu PAS tetap tidak bersama dengan HARAPAN walaupun pada ketika itu kedua-dua pihak masih berstatus pembangkang.


MR : PAS mesti mengambil peluang ini untuk membentuk satu kerjasa politik pembangkang yang mantap....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


5 ulasan:

  1. selesaikan PRK sri kandi dahulu. ada banyak masa untuk buat keputusan. tidak ada sebab untuk berburu2. keputusan sri kandi akan diambil kira.

    BalasPadam
  2. Apala yg apologetik sgt pasal kerjasama umno & pas wahai pemimpin2 pas?

    Kalau tak berkerjasama masa umno jadi kerajaan tu ada la sikit alasan yg bla bla bla..
    Ni umno pun pembangkan jugak..masa dah berubah, negara dah di jajah..masih nak begitu begini lagi ke?
    Era dlm soal yg sengaja dikhilafkan dah berlalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. u got a point there

      Padam
    2. Aku pun heran juga!
      Sangat sangat sangat heran dengan pimpinan pas.

      Padam
  3. Mungkin kita sama2 kena berkongsi data dan hujah secara detail dan meyakinkan kepada pimpinan PAS..boleh jadi ada keciciran maklumat yang Pimpinan PAS pusat tak perasan tapi perlu diberi penekanan...Apa2 pun jika pimpinan PaS pusat tetap dengan keputusannya kita peringkat akar umbi kena follow the order..

    BalasPadam