Header Ads

ads header

Flash News

Parti Gay: Menteri WP Usah Bacul Ambil Tindakan


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) terlebih dahulu ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas kejayaan serbuan terhadap sebuah kelab gay yang beroperasi di ibu kota beberapa hari lalu.

Serbuan ini tanda ketegasan pihak PDRM dan JAWI membanteras golongan LGBT ini daripada terus menjadi wabak dalam masyarakat khususnya di ibu kota.

Bagi DPPWP, pihak berautoriti seperti PDRM, AADK dan JAWI sentiasa komited dalam membanteras gejala ini namun, pihak kerajaan dahulu mahupun sekarang seolah olah memandang tidak serius atas kesan wabak ini terus berleluasa.

Kerajaan sedia ada dilihat hanya mahu mengambil kredit sahaja atas kecekapan pihak berkuasa yang membuat operasi serbuan walhal mereka tidak serius membanteras parti sebegini terus dianjurkan. Ibarat lembu punya susu tetapi sapi dapat nama. Ini realiti yang berlaku.

Sekali lagi, DPPWP menegaskan supaya Menteri WP mengambil tindakan tegas terhadap parti gay  terbesar yang akan berlangsung bermula 30 Ogos 2018 di G Tower, Jalan Tun Razak. Kami telah mendesak sebelum ini melalui kenyataan media Ketua Pemuda DPPWP, namun tiada tindakan serius daripada Menteri WP.

Oleh itu, Menteri WP digesa agar usah bersikap hangat hangat tahi ayam dan pilih bulu dalam membanteras maksiat yang berlaku. Tindakan tegas kepada penganjur wajib dikeluarkan segera demi menyelamatkan generasi sekarang dari terus lemas dalam kancah kehinaan.

Jika tidak ada tindakan tegas Menteri WP, pihak DPPWP memberi amaran akan mengerakkan seluruh rakyat  menentang penganjuran parti gay ini supaya ia dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

Ubaid Hj Akla
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


MR : Khalid cari isu saman NGO Muslimah dan cuba tutup apa yang sedang berlaku....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. menteri cap apa..bodoh bangang jadi menteri langsung tak ada kualiti

    BalasPadam