Header Ads

ads header

Flash News

Najib ke SPRM sekali lagi hari ini


Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Difahamkan bekas perdana menteri itu akan diberi notis untuk berdepan dakwaan baru di mahkamah esok.

Beliau tiba pada pukul lima petang di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Duta, yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Langgak Duta.

Beliau dijangka dihadapkan dengan tiga pertuduhan bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Setakat ini, belum pasti sama ada beliau akan turut ditahan reman semalaman sebelum dibawa ke mahkamah - yang menjadi amalan biasa SPRM.

"Tidak akan ada tangkapan kecuali mendapat arahan selanjutnya lewat petang nanti," kata sumber SPRM.


MR : Cubaan kedua Mahathir nak 'sembelih' Najib... berjaya atau tidak kita tonton esok....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Mula dengan Taek John jadi liabiliti

    Komdian peniaga barang kemas

    Larni Enigmentiti

    Lepas ini???

    BalasPadam
  2. kulhumm ajjmaainn

    BalasPadam